August 28, 2014
Tidak menghairankan jika PKR akan menjadi ‘kuda tunggangan’ dan Wan Azizah sebagai boneka DAP dalam memenuhi nafsu serakah politik parti.

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, pelbagai kesan buruk akan berlaku sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.
Menurutnya, selain menjadi Menteri Besar boneka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu juga terpaksa tunduk segala arahan suaminya, Anwar Ibrahim demi ‘survival’ politiknya untuk menjadi Perdana Menteri.
“Tindakan PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar jelas mempunyai agenda tersirat yang jelas dan berbahaya kepada masa depan negara,” katanya dalam posting blognya www.umnobahagiancheras.blogspot.com.
Jelasnya lagi, tindakan Anwar yang beriya-iya mahukan isterinya menjadi Menteri Besar adalah sudah tentu untuk menjadikan negeri terkaya ini sebagai ‘markas’ buat PKR dan DAP merancang gerak kerja bagi menguasai negara melalui kaedah yang jelas tidak berperaturan dan bertentangan dengan amalan demokrasi.
“Sudah tentu Penasihat Umum PKR itu akan berkuasa di sebalik kerusi Menteri Besar dan berkongsi kuasa dengan DAP yang sebenarnya menjadi ketua pemerintah negeri itu. Bahkan, Wan Azizah tidak ubah seperti ‘puppet’ yang ‘remote controlnya’ dikawal oleh Anwar dan sekutunya iaitu DAP.
Ujarnya, belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air seorang Menteri Besar yang tidak melakukan kesalahan didesak sebegitu rupa untuk meletakkan jawatan, ia hanya berlaku di Selangor, itupun atas desakan Anwar yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri di negara ini.
“Perkara ini turut disokong oleh DAP yang jelas selama ini mengamalkan politik rasis dan perkauman yang sempit. DAP memang banyak mengetahui kelemahan Anwar, dan itu sebabnya parti ini dilihat bersungguh-sungguh mahu menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar boneka.
“Tidak menghairankan jika PKR akan menjadi ‘kuda tunggangan’ dan Wan Azizah sebagai boneka DAP dalam memenuhi nafsu serakah politik parti itu yang boleh membawa kepada perpecahan rakyat jelata. Negara akan menjadi kucar kacir kalau amalan politik membelakangkan undang-undang ini tidak dicegah sejak dari awal lagi,’’ katanya.
Jelasnya, sememangnya PKR dan DAP mempunyai misi yang amat berbahaya dalam mempertahankan tindakan untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Bila mereka berjaya menguasai negeri ini bermakna mereka berjaya menguasai kekayaan negeri itu.
Beliau menambah, jika percaturan meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar tercapai, sudah tentu dana ekonomi Selangor akan disalahguna dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14) Pakatan Rakyat dan PKR terutamanya.
“Jika ini berlaku, ekonomi Selangor akan jatuh merudum dan kehidupan rakyat akan menjadi kucar kacir. Tidak mustahil pentadbiran negeri ini akan lebih menfokuskan kepada agenda politik pemimpin tertentu berbanding isu pembelaan dan kebajikan rakyat yang selama ini diberikan perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“ Mereka juga akan mengacau pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan istana. Mereka akan membuatkan rakyat Selangor menjadi resah gelisah serta Anwar yang bertindak sebagai penasihat Menteri Besar akan menggunakan wang rakyat untuk menjelajah luar negara untuk faedah dan kepentingan diri serta politik PKR,’’ tegasnya.
Ujarnya Syed Ali, seharusnya rakyat tidak diheret sama dalam percaturan politik sempit Anwar dan DAP . Sejak berlakunya ‘tarik tali’ di antara PKR, DAP dan PAS yang mahukan satu nama dihantar sebagai Menteri Besar, rakyat Selangor yang menerima padah kejahilan politik mereka yang jelas mengejar kuasa.
“Di sana sini kita dapat melihat kerisauan dan keresahan rakyat Selangor. Mereka mahu kemelut ini cepat-cepat diselesaikan dan agenda kebajikan rakyat didahulukan,’’ katanya.
Tambahnya lagi, cukup-cukuplah suatu ketika dahulu rakyat diheret pergi ke jalanan dalam kemelut politik negeri Perak. Beliau turut mengingatkan demonstrasi jalanan dan haram bukan budaya rakyat negara ini.
“Namun, budaya kotor dan cukup berbahaya ini cukup sinonim dengan Anwar dan Pakatan Rakyat, mereka sanggup melakukan apa sahaja dakyah termasuk melanggar peraturan dan perlembagaan negara dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya yang sah,’’ katanya.
Tambahnya lagi, tindakan PKR dan DAP tetap berkeras hanya menamakan satu nama calon Menteri Besar walaupun sudah diperintah Sultan Selangor agar mengemukakan lebih dua nama jelas mengandungi muslihat.
“Kerana terlalu rakus mahu menguasai pentadbiran negeri Selangor sehingga Anwar dan DAP langsung tidak mempedulikan segala mesej Sultan Selangor yang mahukan Pakatan Rakyat mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar,’’ katanya.
Syed Ali turut membidas tindakan biadap PKR dan DAP yang engkar dengan arahan Sultan Selangor. Kedua-dua parti ini juga didakwa tidak menghomati undang-undang dan institusi istana yang menjadi payung kepada perpaduan rakyat pelbagai kaum dan orang Melayu di negara ini.
Syed Ali menegaskan, segala perancangan dan agenda jahat Anwar perlu dibendung termasuk tidak melantik isterinya sebagai Menteri Besar.
Beliau khuatir jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar sudah tentu akan merombak apa sahaja MOU kerajaan Barisan Nasional (BN) mengenai air, Lebuhraya Kinrara–Damansara (Kidex) dan sebagainya sudah dirancang untuk faedah rakyat negeri ini.
Walau bagaimanapun Syed Ali tidak menolak kemungkinan PKR dan DAP akan mengheret rakyat dalam demonstrasi jalanan dan mencemuh institusi istana jika cita-cita besar mereka meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor tidak tercapai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,