Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, Ogos 20, 2013

Parti PAS patut di haramkan?

Walaupun majoriti penduduk Malaysia ialah bangse melayu yang beragame Islam, PAS bukan nye parti yang menjadi pilihan kaum melayu/islam. 13 PRU telah berlalu namun kedudukan parti PAS masih lagi terletak di tangge tercorot jike di bandingkan dengan UMNO, DAP dan PKR. PAS tanpa sokongan dari kaum cine mungkin wakil nye di parlimen tidak sampai 10 orang.

Sebenar nye orang melayu/Islam tidak membenci parti PAS, tetapi orang melayu/islam masih ragu2 dan kurang kepercayaan terhadap pemimpin2 parti itu. Rakyat boleh membandingkan yang mane lebih baik - PAS atau UMNO. Nampak nye orang melayu/Islam lebih meyakini UMNO dari PAS.

Sejak dari lepas merdeke, UMNO telah berjaye memajukan negare, bangse dan agame Islam. Perkare ni Tok sangat meyakini nye kerane Tok di besarkan dari zaman sebelum merdeke. Ketike tu kehidupan rakyat sebelum merdeke sangat susah, boleh di katekan nak beli basikal buruk pun susah aprtah lagi dari segi mate pencarian.

Hari ini telah jelas dan nyate bahawe semue rakyat di Malaysia hidup mewah aman dan makmur di bawah pemerintahan UMNO semenjak dari hari kite mencapai kemerdekaan. Rakyat sudah terlalu yakin dengan kebolehan UMNO membele nasib orang melayu, orang melayu tidak perlu lagi mane2 parti untuk di sokong melainkan UMNO.

Pade dasar nye parti PAS atau PKR hanye ujud untuk memecah-belahkan kaum melayu sahaje. Memang jelas dan nyate kaum melayu telah berpecah dalam menguasai politik Malaysia. Dengan perpecahan ini kuase politik melayu sudah menjadi semakin lemah.

Dalam keadaan kuase politik melayu yang lemah inilah make kaum2 'pendatang' mengambil kesempatan menyepit orang2 melayu. Tok yakin bahawe pemimpin2 PAS dan PKR yang berketurunan melayu sedar bahawe orang melayu sedang di himpit dan di sepit oleh kaum2 'pendatang' ni.

Pade pendapat Tok, untuk mengelak kan orang melayu dari mati tersepit, kite harus kembali bersatu untuk menguatkan kuase politik orang melayu. Kepade pemimpin2 dan penyokong melayu di dalam PAS dan PKR Tok nasihatkan mereke2 tu untuk bersatu ke dalam UMNO.

Pesanan terakhir dari Tok, jike mereke2 ni masih berdegil dan keras hati adelah lebih baik bagi kerajaan UMNO bertindak untuk 'mengharamkan' saje parti2 yang menjadi petualang memecah-belahkan kaum melayu.


7 ulasan:

  1. Keme pun setuju bebeno dgn pendapat Tok!

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. betul tu tok! sudah tiade formula lagi nak menyatukan melayu...kalau 2x5..PAS kata 9 bila UMNO kata 10..PKR pulak kata 11..jadi cucu sokong cadangan tok..

    BalasPadam
  4. Anak Bukit JelutongOgos 20, 2013 12:47 PTG

    Amat setuju dengan pandangan tok.

    Apa yang orang Melayu-Islam harapkan dengan berpecah.
    .

    Perpecahan pasti mengundang kehancuran.

    Depa semua tau tok, tetapi mengapa masih mau bersengketa.

    Apa yang dicari sebenarnya ?

    Amalkanlah "Biduk berlalu kiambang bertaut"
    Kan indah hidup ini jadinya.

    BalasPadam
  5. Sudah habis ke usaha dan ikhtiar KITA sehingga membuat andaian yang akan merugikan bangsa dan UMAT nanti akhirnya..
    Salam Tok,Baik UMNO maupun PAS ,lebih kurang sahaja kalau kita perhatikan tingkah PENGEMUDInya...masing2 sudah semakin menadaptasikan liberalisma.sehingga sanggup Menggadaikan MARUAH dan AGAMA demi menempa KEMAJUAN dan PEMBANGUNAN.Sabenarnya langkah terbaik yang harus kita ambil ialah mendesak pemeganag amanah i.e majlis2 agama dan jabatan2 yang berkaitan bertindak menyekat kesesatan /kegelinciran PAS dari sudut ISLAM...BUKAN SEKADAR MENJADI PEMERHATI DAN AKHIRNYA BERKOKOK DAN SEPI BILA DITEMPELAK..Tindakan harus di ambil jika ada dikalangan mereka nie tersasar dari jalan yang benar jangan dok sibuk dan begitu ALPA dengan POLITIK sehingga menghalalkan cara demi matlamat.
    UMNO/PAS keduanya diperlukan umat islam/melayu bagi mengimbangi dan memperolehi keredhaan namun KITA gagal membezakan antara HAK & BATHIL.
    SEHINGGA cepat menghukum padahal dengan sikap mengharamkan PAS akan menghancurkan UMAT yang selama ini diIDAM2KAN sejak dari zaman Rasulullah lagi..Ingatlah musuh2 Islam bercampur gaul dipersada umat Islam kita.i.e hatta dalam jabatan2 agama dan majlis agama sendiri,
    Wallahua'lam

    BalasPadam
  6. Di kawasan kejiranan saya, puak-puak PAS telah menguasai surau. Lama, sebelum PRU 2008. Macam-macam yang difitnahkan terhadap UMNO. Tapi, kini setelah dua kali menang PRU, tak Nampak pun usaha membanteras jenayah pecah rumah dan pusat hiburan. Kumpulan pecah rumah ni dah sampai ke tahap nak mengugut bunuh. Yang peliknya, sebagai parti yang diberi mandat di peringkat DUN dan negeri, tak ada usaha ke arah mengatasi kemelut ini. Hanya tahu ceramah ceramah ceramah ceramah........ZZZZZZZZZZZZZZZZ

    Nizam
    Banting, Selangor

    BalasPadam
  7. Pada pendapat saya ,Pas bukan patut di haramkan,tapi penubuhannya dulu pun adalah haram dari sudut Islam.Ini berdasarkan larangan Islam terhadap umatnya dari menjatuhkan pemerentah selagi pemerentah tersebut berugama Islam.Allah lah yg memilih siapa yg mahu di beriNYA kuasa,Allah juga menik kuasa dari sesiapa yg di kehendakiNYA.Di negara kita Allah telah memberi kuasa pemerentahan kepada raja-raja dan Umno sebagai perlaksananya.Jadi tidak sepatutnya pimpinan Pas terdahulu keluar dari Umno dan menubuhkan satu parti lain utk 'merebut' kuasa.Kalau pun mereka tidak bersetuju dalam sesuatu perkara mereka sepatutnya terus nasihat-menasihati utk mencarai kebaikan dan keredhaan Allah.Keadaan sekarang membuktikan apa yg mereka lakukan,iaitu menubuhkan parti Pas adalah salah dan membawa keburukan kepada Islam.

    Dalam Islam,utk menegakan Islam ianya bukan dilaksanakan dengan cara politik,tapi adalah dgn cara DAKWAH.Nabi Muhammad secara sendirian pun berdakwah,dan akhirnya baginda mendapat kuasa pemerentah melalui dari dakwah tersebut.Islam adalah sesuatu yg sempurna dan besar,mana boleh di muatkan dalam bakul politik yg sempit.Sesiapa sahaja umat Islam yg jadi pemerntah perlu berniat dan berusaha utk melaksankan Islam,jadi tidak timbul lagi soal parti mana yg mahu Islam dan parti mana pula yg tidak mahu Islam.Islam wajib ada pada setiap umat Islam dan dakwah sebagai alat yg telah di tetapkan oleh Islam bagi melaksanakan Islam,bukan politik.Mereka yg tidak faham Islam sahaja, yg mahu menjadikan politik sebagai alat utk melaksankan Islam,dan akhirnya beginilah jadinya.Demi politik,kalau musuh kita di pihak yg benar pun kita akan menafikannya,itulah politik.Kerana politik,hukum Islam pun akan di tunggang terbalikkan utk membenarkan pihak kita,berbeza sekali dengan kerja DAKWAH.

    Dalam keadaan kita sekarang,jika ada pihak yg meresa ianya layak menjadi PM,masuklah Umno dan berdakwahlah,insyaallah jika kita memang layak satu hari nanti,cita-cita tersebut akan tercapai dgn pertolongan Allah.Tidak perlu kita menganggotai parti yg lain,kerana ianya akan menimbulkan pecah belah sesama Islam saja,malah parti yg lain tak patut ada pun.kecuali utk org kafir.Jangan jatuhkan martabat Islam dengan terlalu tunduk kepada sistem demokrasi barat dan beria-ria mahu mengambil hati mereka.Apa yg sudah berlaku,biarkan berlaku yg penting kita perbetulkan masa depan kita agar selari dgn Islam yg sebenar.Paling penting jauhkan diri kita dari mempercayai'semua dalam al Quraan adalah politik' seperti yg di hujahkan oleh seseorang yg bergelar tok guru kononnya.

    sman.

    BalasPadam

, , , ,