Facebook Atuk Banjar Masin

Isnin, Disember 24, 2012

PAS Perak - telur di hujung tanduk .........~~~




N56 CHANGKAT JONG

Jumlah Pengundi: 23,609
Peratusan Kaum: M: 60.29% C: 12.61% I: 27.07L: 0.03%

1. Mohd. Anuar Sudin (Pas) (8,705)
2. Datuk Idris Hashim (BN) (7,806)

Majoriti: 899
Jumlah undi: 16,921
Peratus mengundi: 71.67%
Undi rosak: 410

Penyandang: Datuk Ir. Onn Hamzah (BN)
(Majoriti: 3,611 undi)


Sekarang Tok nak labun sikit tentang kedudukan PAS dalam N56 DUN Changkat Jong. Disini lah kawasan tempat Tok memangkah undi sebanyak 6 penggal. Sebeno nye N56 ni sememangnye kubu kuat UMNO yang tidak pernah di tembusi oleh musuh lawan nye.

N56 DUN Changkat Jong jatuh ketangan musuh iaitu PAS pade PRU 12 yang lepas. UMNO tewas bukan nye kerane kekuatan musuh nye. Ketewasan UMNO pade PRU12 yang lalu di sebabkan permasalahan dalaman parti sahaje. Sekarang segale permasalahan dalaman itu sudah pun beres 100%.

Kini UMNO Changkat Jong sudah bersedia sepenuhnye menghadapi PRU13 yang hampir tibe. Tok sangat yakin UMNO pasti akan merampas kembali kuase nye dari PAS. Walaupun kaum cine nampak nye masih teguh berpegang pade pendirian nye untuk menghapuskan UMNO.

Sokongan kaum melayu terhadap UMNO sudah puleh dan mantap. Selain dari itu, kaum india pun sudah sedar bahawa menyokong Pakatan Rakyat tidak memberi ape2 faedah terhadap masyarakat kaum India. Mereke sedar hanya BN sahaja yang benar2 boleh membantu semua kaum.

2 ulasan:

  1. tu nampak..swing pengundi india dan cina 10% jer..pasti bn menang!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tok dah pasti BN/UMNO akan rampas kembali DUN Changkat Jong pade PRU13 akan datang ni.

      Padam

, , , ,