Facebook pejuang tokgajah46

Sabtu, November 03, 2012

Bantahan Halloween Buktikan PAS Masih Islam


Perayaan Halloween biasaanya diadakan setiap tahun
pada 31 Oktober
Biasanya tidak ramai anak Melayu Islam menyertai perayaan Halloween yang mempunyai unsur kristian, tetapi Pas sedang berusaha untuk menjadikan hal ini sebagai suatu isu besar yang akan mendorongkan kepada bantahan umat Islam yang akan menimbulkan kemarahan bukan Islam.

Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut  berkata, peserta perayaan Halloween yang memerlukan mereka berpakaian pelek-pelek seperti hantu, iblis dan sebagainya adalah menjurus kepada pemujaan terhadap syaitan.

Mulanya bantahan ini disuarakan oleh Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, katanya  Pas tidak membantah budaya asing, tetapi kawalan peraturan mesti diwujudkan bila melibatkan budaya luar terutamanya dari Barat, Jepun dan Korea.

Sementara itu Naib Pengerusi Sabah MCA Chew Kok Woh, pening kepala dengan bantahan Pas ini dan beliau tidak memahami kenapa Pas membantah pembukaan panggung wayang di Bangi yang mana sebelum ini mahu mengasingkan perempuan dan lelaki dalam panggung wayang.

Sebenarnya Pas membuat bantahan ini adalah untuk menunjukkan bahawa ia masih parti Islam, kerana orang ramai terutamanya orang Islam dan pengikut-pengikutnya sendiri dalam kebingungan dan kekeliruan  sama ada Pas masih parti Islam atau ada kena mengena dengan agama Islam.

Poster besar di ruang legar utama sebuah pusat
membeli-belah di Kuantan yang mencetuskan rasa
kurang senang pengunjung umat Islam
Bantahan Pas itu tidak lagi sezaman dengan dasar dan imej barunya sebaliknya menampakkan sikap hipokrasi atau talam dua muka. Tidakkah  bersekongkol dengan pemimpin yang mengamalkan homoseksual dan mempejuangkan pluralisme agama, adalah memberikan sokongan moral kepada usaha untuk menjadikannya sebagai budaya Malaysia. Tidakkah ini lebih merbahaya kepada umat Islam seluruhnya.

Selama ini Pas tidakpun menghiraukan Hallowen tetapi telah mengenalinya sejak berkawan dengan DAP dan PKR  yang menganggap perayaan ini sebagai amalan biasa. Maka itu untuk kepentingan politik, Pas perlu  menunjukkan ia tidak sebati dengan sikap mereka itu.

Bantahan Pas terhadap perayaan Halloween itu adalah sebenarnya suatu percubaan untuk merampas kebebasan bagi anak-anak muda bukan Islam dan merupakan suatu permainan politik untuk menutup mata ramai, bahawa Pas bukan lagi Islam.