Facebook pejuang tokgajah46

Rabu, Februari 01, 2012

"Time-bomb" yang mampu letupkan Pakatan Rakyat.........

Kehebatan Dato Dr Hasan Ali berceramah tidak boleh di nafikan oleh mana2 pehak. Segala ucapan nya yang di sampaikan sangat berkesan. Kini Dato Dr Hasan sudah bebas, bebas untuk bersuara meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

Pemecatan Dato ini sebenarnya adalah satu rahmat kurniaan Allah kepada kaum melayu/Islam. Sedikit sebanyak kita telah memahami tentang 'politik Pakatan Rakyat'. Sebenarnya Dato telah banyak memberi kesedaran kepada umat Islam tentang 'politik Pakatan Rakyat'.

Di sini Tok tidak mahu buat apa2 ulasan tentang 'politik Pakatan Rakyat'. Apa yang perlu kita cuma ikuti dan hayati ucapan2 dalam ceramah Dato semasa beliau buat 'road-show'. Sekarang pemimpin2 PR sudah mula terasa kain dan seluar nya mula terlondeh.

Walaupun kita tidak dengar berita tentang ahli2 PAS dan PKR keluar parti, tapi kita semua faham bahawa mereka sudah di sedarkan oleh Dato Dr Hasan dalam ceramah2 nya. Adalah tidak mustahil jika penyokong2 PAS dan PKR ini akan menyokong UMNO pada PRU 13 akan datang.

Tok sangat pasti jika di izinkan Allah pada PRU 13 ini Pakatan Rakyat akan berjaya di musnahkan oleh 'bomb jangka-masa' yang di pasang oleh PAS.