Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Februari 09, 2012

Musuh dalam selimut UMNO ............



Terlalu banyak perkara yang akan menyebabkan UMNO tidak di sukai oleh kaum bukan melayu/islam terutamanya kaum cina. Kerajaan BN hampir tumbang pada PRU12 kerana UMNO menghunus dan menjulang keris pusaka nya.

Selepas PRU12, timbul pula PERKASA yang di anggotai oleh vetren2 UMNO. Pemimpin cina dari MCA dan Gerakan terusterang bersuara menentang PERKASA. Oleh kerana pembabitan Ex-PM dalam PERKASA maka kaum cina anggap UMNO itu PERKASA. Sebenarnya UMNO masih gagal menyakinkan kaum cina terhadap PERKASA.

Sekarang ujud pula satu lagi bahane yang akan mengancam UMNO, petualang ini tidak lain tidak bukan ialah Dato Hasan  yang telah di tendang keluar dari PAS. Dato Hasan sangat merbahaya kepada UMNO. Kita tidak boleh percaya dengan lakunan nya selepas di tendang oleh PAS.

JATI yang sedang di promosikan nya sebenarnya amat merbahaya kepada UMNO, ianya lebih merbahaya dari PERKASA. Jika UMNO merestui JATI maka UMNO akan sekali lagi mendapat tentangan dari kaum bukan melayu/islam. UMNO harus menjauhi JATI, haramkan JATI dari berkempen menggunakan pentas UMNO.

Jangan sampai terhantuk baru nak tengadah

4 ulasan:

  1. Aloo Tok Gajah... Kalau dah pencen tu buat cara org tua lah. Baik dok diam2 saja.Nnt org kata kamu pulak musuh dlm selimut... Jeng...jeng...jeng. Sekilas ikan diair aku dah tahu jantan ke pondan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tanpa nama tu le pondan! tak de name mungkin tak de bin nya juge, sian tanpa name ni.

      Wak bukan nya nak bela tok gajah ni, tapi sedikit sebanyak ada juga kebenaran nya.

      Padam
  2. Pendirian saya berbeza dgn Tok Gajah.....mmg sudah pasti kaum Cina terutamanya TIDAK SUKA bila Melayu bangkit mempertahankan Islam, hak Melayu & Raja2 mereka.....tp mahu atau tidak mereka kena menerima hakikat ini Tanah Melayu & Melayu, Islam & Raja2lah yg berhak ke atas tanah ini.....Islam, Melayu & Raja2 tidak pernah menafikan hak kaum lain terutamnya CINA & mereka kena ingat, jika bukan Melayu Majoriti yg beragama Islam & Raja2, kaum Cian x kan wujud di Mas sebagai warga negara.....itu terpatri dlm sejarah Mas.....cumanya generasi muda skrg & sbhgian besar generasi tua mereka seolah2 SENGAJA melupakan pengorbanan Melayu.....hanya dgn cara begini kita (JATI & PERKASA) dpt meluahkan isi hati IMR.....tetapi jika JATI/PERKASA berpaling dr UMNO/BN itu bermaksud mereka adalah sehina2 bangsa di Malaysia.....kita tunggu PRU-13, lihat cara permainan PERKASA/JATI

    BalasPadam
  3. Wak ni bukan jenis otak gelige, tapi wak ada juga sikit faham tentang apa yang tok gajah maksudkan.

    Kalau Wak tak silap ianya lebih kurang begini : Kaum cina sudah 'marah' sama itu UMNO, kaum cina akan tambah marah jika UMNO ada hubungan dengan PERKASA atau JATI.

    Cina anti PERKASA dan JATI
    UMNO masih perlu sokongan kaum cina untuk terus berkuasa.

    Melayu dah berpecah belah, pasti UMNO akan mampus jika kaum cina benci sama itu UMNO.

    Tak perlu cerita tentang sejarah2 lagi, yang pasti kuasa politik melayu sedang berada di hujung tanduk.

    BalasPadam

, , , ,