Facebook pejuang tokgajah46

Jumaat, Disember 02, 2011

Buruk sangat kah UMNO memerintah selama lebih 50 tahun?

Kaum melayu harus sedar bahawa keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang sedang kita nikmati hari ini semuanya dari hasil kejayaan pemerintahan negara yang di terajui oleh UMNO. Tok pernah melalui hidup di zaman sebelum merdeka, inilah yang membolehkan tok membuat perbandingan hidup antara zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Di sini tok hendak ceritakan sedikit tentang kehidupan orang kampung dizaman sebelum merdeka. Pada tahun 50han tok tinggal  di sebuah kampung di daerah Bagan Datoh, Perak. Pada ketika itu semua kampung di daerah ini tiada bekalan air dan letrik, jalan kampung becak ketika musin hujan.

Tok berbasikal kesekolah kira2 empat batu jauhnya. Tok adalah murid dari kumpulan pertama sekolah itu mula di buka pada tahun 1953. Sekolah ini ialah sekolah aliran inggeris yang pertama dibuka di luar bandar oleh penjajah inggeris. Sekolah ini dinamakan Govt. English School Sg. Sumun, Hutan Melintang, Perak.

Guru2 yang mengajar kebanyakan nya bangsa india dan cina yang berkelulusan Kerby dan Brinsford, England. P&P semua dalam bahasa inggeris, buku2 teks di import dari England. Bahasa Melayu dan agama Islam tidak diajar langsung.

Alhamdulillah, selepas kita merdeka pada 31.8.1957, ketika itu tok baru dalam darjah 6 (std.6) Bahasa Melayu dan agama Islam mula di ajar di sekolah tok. Inilah salah satu bukti bahawa UMNO sangat perihatin tentang pendidikan islam dan bahasa ibunda terhadap rakyat nya.

Ini cuma satu episod kecil tentang jasa UMNO terhadap bangsa nya.

Dengan izin Allah sebentar nanti tok akan ceritakan banyak lagi tentang kehidupan sebelum tanah air kita merdeka. InshyaAllah kita bertemu kembali