Semenjak dari semalam tok belum buat apa2 komen tentang PAU yang sedang rancak berlang di PWTC. Setelah tiba giliran ucapan ketua wanita UMNO tergerak pula tok nak beri pandangan peribadi tok sendiri. Pada pendapat tok yang kurang arif tentang politik ni tok rasa adalah lebih baik bagi ketua wanita ini bersabar dan berucap dengan nada 'low profile' saja.
Perkara mengaitkan isu Anwar Ibrahim dengan NFC adalah perkara yang kurang bijak. Isu Anwar isu peribadi, malang nya isu NFC ada kaitan nya dengan negara. Ucapan ketua wanita ini memang bersemangat dan ber api2 tapi jangan lupa silap gaya api itu akan membakar diri sendiri.
Juak2 UMNO mungkin pandang ringan tentang NFC. Tetapi diluar sana semua lapisan gulungan masyarakat sedang memerhatikan nya dengan serious. RM 260 juta bukan sedikit wang pada pandangan rakyat biasa. Ia adalah satu jumlah yang terlalu besar. Ada yang berpendapat 7 keturunan pun keluarga Shahrizat tak boleh habis makan.
Walaupun Dato Shahrizat bermati matian menyatakan bahawa dia tiada kaitan langsung dengan NFC. Malang nya oleh kerana beliau berjawatan menteri dalam kabinet dan pinjaman mudah itu di anugrahkan kepada suami nya maka di sini lah ujud nya masalah besar itu.
Dato Shahrizat tak perlu marah2 dan ugut sesiapa, ianya tidak mungkin boleh di redakan dengan cara itu sahaja. PAU di PWTC bukan pentas bagi Dato untuk mempertahankan diri. Kerana kes ini tidak langsung melibat kan UMNO. Kes ini adalah se mata2 melibatkan keluarga Dato sahaja. Jangan lah hendaknya ia melibat kan UMNO.
Tok pohon jutaan ampun maaf jika ada menyinggung perasaan sesiapa, apa yang tok suarakan adalah untuk kebaikan UMNO sahaja,
Seekor kerbau bawa lumpur yang memalitkan lumpur ke kerbau yang lain, Yang perlu dijawab isu yang dipersoalkan saja atau diam.
BalasPadamMemang betul, aku sendiri jelek dgn sikap Sharizat ini, bukan dengki atau irihati, sepatutnya kita penyokong UMNO berasa bersemangat apabila mendengar ucapan dlm perhimpunan UMNO, tetapi apabila lihat wajah dia & juga Ketua pemuda, membuatkan kita, tawar hati, rasa cukup menjengkelkan, apabila mereka menyebut kesetian pada UMNO, padahal kita tahu, siapa mereka sebenarnya.
BalasPadamAku setuju sangat, Senang cakap letak aje jawatan, UMNO kalau nak memang kita tak perlu pemimpin macam nie, Boleh pulak project kerajaan dia balun siap dapat pinjaman lagi, Makcik jual kuih nak pinjam TEKUN pun payan.
BalasPadamSalam, kepada semua pembaca yang dihormati. saya memang bersetuju sangat dengan pendapat tok,pentas ini bukan nya untuk sesiapa mempertahan kan diri, pentas ini ialah untuk megetengah permasalahan orang2 melayu,bukan jerit pekik mempartahan kan diri, orang dalam dewan bangun dan tepuk, tapi orang di luar bangun dan tutup tv, loya dan berbagai rasa marah ,malu pun ada dgn sikap sesetengah pemimpin umno, dahulu masalah rakyaat dibentang kan, cari jalan penyelesaian inilah tempat nya, kini kita dapat lihat pantun dan puisi mewarnai persidangan, bila masalah rakyat dan melayu khusus dapat didengar, terlalu ramai yang miskin dan daif di luar sana masih perlukan perhatian dan pertolongan, khususnya di daerah terpencil masih ramai yang anak2 mereka yang tak pergi sekolah, tak mampu,pergi lah ke daerah baling dsb,ingatlah yang bertepuk cuma didalam dewan sahaja, orang2 di luar muak dan loya dengan gelagat kalian, betul kata ds najib tragedi bagi umno kalau masih lagi ramai pemimpin umno seperti ini. saya sayangkan umno,tapi pemimpin seperti inilah yang membuatkan kita tersangat benci dan marah, akibat nya penghinaan terhadap melayu akan berulang lagi selepas 1969. keluar lah kamu dari umno untuk selamatkan melayu terbanyak. ibrahim hj sabri, shah alam selangor.
BalasPadamBila tuduhan di buat semua senyap...selang seminggu dua baru ada ulasan..itu pun ulasan2 tak menyentuh keseluruhan tuduhan...bila sampai dihadapan puak2 sendiri baru lah bersuara Dato "Char"...sinsing lengan...dgn muka ala2 meneran...ape bendeerrrrr la...yang saye tak tahan ucapan Dato Muhyiddin pada pembukaan ucapan nya siap menyatakan nama Datin Paduka "Hajjah" Rosmah masnur...yang ironis nya...Hajjah itu tidak memakai tudung..."Hajjah"??
BalasPadamWallahualam...
Tok ucap ribuan TQ kepada sahabat2 kelian, pendapat tok UMNO dalam bahaya selagi ada menteri mcm ni.
BalasPadamSayangilah UMNO...Pemimpin datang dan pergi UMNO tetap diunguli...Kalau kita sayangkan parti elokla kita berundur buat seketika untuk selesaikan maalah peribadi RM260juta bujannya sedikit ...rakyat mengharapkan bantuan..tolonglah faham pakai baju ukur badan sendiri...tolong lah berundurlah kamu..
BalasPadamI'll right away seize your rss as I can't find your email subscription hyperlink
BalasPadamor newsletter service. Do you've any? Please allow me realize in order that I may subscribe. Thanks.
Here is my webpage ... click here