Facebook Atuk Banjar Masin

Isnin, Disember 21, 2009

Kita lembut - terlalu lemah-lembut, kita tunduk - dan dah hampir terduduk


Apa yang di suarakan oleh YB Datuk Dr Zahid ada rasional nya dan patut diambil iktibar oleh semua pemimpin2 melayu. Apa perlunya dikekalkan jawatan Pengerusi BN kepada parti Gerakan, sedangkan parti itu 'sudah mati' - mati terkena pukulan DAP pada PRU12 yang lepas.

Sepatutnya pemimpin2 Gerakan sedar-diri bahawa parti Gerakan sudah ditolak oleh kaum cina dan india secara terang-terangan. Dr Toh Tsu Koon sepatutnya berundur diri atau letak jawatan sahaja sebagai presiden Gerakan. Parti Gerakan telah tewas dalam SEMUA kerusi DUN P Pinang. Kekalahan yang sangat memalukan BN!

Kini sudah ada beberapa cawangan dan bahagian Parti Gerakan sudah mula dibubarkan. Mereka sudah sedar dan tahu bahawa parti Gerakan TIDAK ada harapan lagi untuk hidup di P Pinang.

Cadangan yang dikemukakan oleh YB Datuk Dr Zahid itu sudah memang kena pada tempatnya. UMNO MESTI AMBIL ALIH PENGERUSI BN P PINANG.