Sebenar nye perkare mendirikan kuil2 secare haram ni tumbuh merate ibrat 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Jike kerajaan gagal menangani nye dengan berkesan, ianye pasti akan menimbul kan berbagai masalah yang berlarutan Ketegasan dari pehak yang berkuase mestilah dibuktikan - jangan hanye macam "hangat2 tahi ayam".
Bina kuil Hindu sebelah surau dan masjid untuk elak kena roboh
Kepada
mana-mana pengurusan masjid dan surau yang akan diroboh oleh pihak
kerajaan atas alasan pembangunan, mungkin perlu dicadangkan pengurusan
surau atau masjid tadi mempelawa penganut Hindu membina kuil di sebelah
surau atau masjid tersebut. Bukti dah banyak ada di Negeri Sembilan dimana pihak berkuasa tidak berani hendak merobohkan kuil malahan kuil kecil bawah pokok untuk pelebaran jalan. (Gambar - Hissan)
Tak PERCAYA ? Mari semua datang Seremban dan Rembau. Satu di jalan Seremban – Tampin. Dari tol Senawang ambil jalan ke Tampin. Pada selekoh selepas jejambat perhatikan sebelah kiri jalan , ada satu pokok besar, ada kuil kecil, rapat dengan jalan. Perhatikan pula sebelah kanan, ada kuil Hindu, juga tepi jalan, sedikit pun tidak dirobohkan.
Kemudian pergi pula ke bandar Seremban dari Ampangan, selepas Centre Point, ambil kiri ke jalan baru dekat Taman Dusun Nyiur, perhatikan kuil Hindu , sebelah jalan besar, sedikit pun tak terusik.
Kemudian
JOM kita ke Rembau. Masuk saja kawasan perindustrian Chembong,
perhatikan sebelah kanan jalan, pagar kuil pun mereka tak berani sentuh
yang terletak di sebelah jalan besar.
Dalam semua kes diatas, jalan tadi dilencongkan sikit, supaya kuil Hindu tadi tidak diusik, apatah lagi dirobohkan.
Jadi
kalau banyak masjid dan surau di Malaysia ini dirobohkan atas nama
pembangunan , adakah ini bermakna umat Islam di Malaysia sudah PEKAK,
BUTA, BISU ?
Mari kita tunggu adakah Surau di Bukit Katil Melaka di bumi Hang Tuah akan dirobohkan.
Ikuti perkembangan dari masa ke semasa PEROBOHAN SURAU BUKIT KATIL DI BLOGhttp://mutaligat.blogspot.com
Gambar kuil Hindu di Seremban sebelah jalan besar dihttp://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html
PASTI
Bukit Katil dan Surau Bukit Katil akan dirobohkan oleh pihak berkuasa
atas alasan untuk dibuat jalan sedangkan tidak jauh dari kawasan itu
terdapat tanah kosong yang boleh digunakan untuk pembinaan jalan
tersebut. Penduduk kampung bangkit menentang tindakan zalim ini. Solat
Hajat terus diadakan. Bagi anda yang cinta kepada pendidikan Islam dan
Rumah Allah ayuh dirikan solat hajat mohon ianya diselamatkan. Infak dan
derma boleh dihulurkan untuk mempertahankan surau ini. Sila hubungi
013-2186 886 untuk maklumat sepenuhnya.
