Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label Muhamad Sabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhamad Sabu. Papar semua catatan

Selasa, September 10, 2013

Tande2 awal perpecahan dalam PAS ..................


Tuan Guru PAS Haji Nik Aziz dah pun bersuare tentang keinginan nye supaye parti PAS yang dah kurang nampak islam nye tu di tambah kan lagi keislaman nye. Beliau sarankan supaye Datuk Seri Haji Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS. Berite yang paling istimewe turut disampaikan nye ialah berkenaan dengan Naib Presiden, beliau mahukan jawatan itu disandang oleh seorang yang bertokoh ulama.

Dalam bahase kampung nye Tn Guru Hj Nik Aziz tidak mahu Mat Sabu, kerane Mat Sabu tidak termasuk kedalam kategori 'ulama'. Pade pandangan Tok juge si Mat Sabu ni hanye sesuai sebagai 'raja lawak' aje. Tok selalu juge pergi ceramah PAS bile Mat Sabu ade hadir, sebab nye Tok suke dengar cerite2 lawak nye. Keistimewean si Mat Sabu ni ialah tentang care die menyampaikan ceramah nye dengan berlawak di sepanjang ceramah nye.

Yele, mungkin juge Tn Guru Hj Nik Aziz ni dah bosan dengan lawak2 si Mat Sabu ni, jadi jalan mudah nye care menyingkirkan si Mat Sabu ni ialah dengan memberikan alasan mahu jawatan Naib Presiden tu di sandang oleh seorang ulama. Jike sekire nye perkare ni benar, make Tok tumpang bersimpati juge pade si Mat Sabu ni.

Dengar2 cerite nye due orang tokoh yang bertaraf ulama sudah pun di uar2kan untuk menendingi jawatan yang sedang di sandang oleh Mat Sabu. Pencabar lame Mat Sabu iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang ditewaskan oleh Mat Sabu due tahun lalu sudah bersedie masuk gelanggang. Seorang lagi pencabar nye yang di sebut2 ialah Datuk Mujahid Yusof tokoh profesional yang bertaraf ulama juge.




Jumaat, Mei 31, 2013

Pemimpin PAS tidak mahu mengaku kesalahan dan kelemahan mereke................


 31 Mei 2013

 21 Rejab 1434 H. [MOD] -
 
Mohamad Sabu beri 8 punca kekalahan PAS


 

KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.
Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.
Harakahdaily/-

Tok nak ulas sikit tentang pendapat Timbalan Presiden PAS iaitu Tuan Hj Mohamad Sabu berkenaan kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raye.  Pade pendapat Tok, Md Sabu ni dah tersalah kire, dalam kirean Tok punce kekalahan PAS ni lebih dari lapan.

Lapan alasan yang di kemukekan oleh Md Sabu diatas tadi adelah alasan2 yang dangkal dan sudah lapuk yang di ulang2 setiapkali selepas PRU. Pemimpin2 PAS se olah2 mahu menyembunyikan kelemahan2 pucuk kepimpinan parti itu.

Sepatutnye Md Sabu tak payah le susah2 nak kire punce kekalah PAS ni, ape yang patut die ambil berat ialah tentang sokongan rakyat terutame nye kaum melayu/islam terhadap PAS. Adekah Md Sabu dah kaji mengape kaum melayu/islam masih lagi tidak ramai yang menyokong PAS?

Kegagalan PAS ini sebenar nye berpunce dari kegagalan pemimpin2 PAS dalam misi nye mempromosikan parti PAS sebagai parti yang benar2 memperjuangkan agame islam dan bangse melayu. Sejak kebelakangan ni perjuangan islam dan bangse melayu dalam PAS sudah jadi semakin samar.

Kaum melayu/islam tidak nampak perjuangan islam dalam PAS itu lebih hebat dari yang telah di perjuangankan oleh UMNO. Perjuangan islam dalam UMNO nampak lebih terserlah dan terbukti nyate, hanye pemimpin2 dan pencacai2 PAS sahaje yang masih lagi tidak mahu menerime kenyataan ini.

PRU13 yang baru lepas tadi telah membuktikan bahawe kaum melayu/islam sudah menolak PAS secare total. Kemenangan calon2 pemimpin PAS cume dengan bantuan kaum kafir sahaje. Tanpa bantuan dari kafir pasti lebih ramai lagi pemimpin2 PAS yang tewas pade PRU13 tadi. 

  .