Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label Majlis Syura Ulama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Syura Ulama. Papar semua catatan

Isnin, Mei 15, 2017

Zaid kritik Wan Azizah tak berani jawab soalan Hudud

by MT Webmaster
Bekas menteri itu berkata, mereka yang mahu menjadi pemimpin sebuah negara berbilang bangsa dan agama perlu bersedia mempertahankan institusi dan undang-undang sekular.

(FMT) – Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berani menjawab soalan berhubung hudud.

“Pemimpin Islam dalam Pakatan (kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad) sentiasa takut menjawab soalan mengenai hudud. Wan Azizah ialah seorang daripadanya,” tulisnya dalam Twitter.

Khamis lalu, Majlis Syura Ulama PAS mengambil ketetapan untuk menamatkan kerjasama dengan PKR disebabkan 3 pelanggaran oleh parti reformasi itu, termasuk menentang sebahagian agenda Islam yang dibawakan PAS seperti rang undang-undang dibawakan parti Islam itu untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Wan Azizah dalam responsnya pada Jumaat lalu langsung tidak mengkritik PAS, sebaliknya menggesa semua “parti politik progresif” untuk menyelamatkan Malaysia.

Katanya, PKR sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memperkasa undang-undang syariah.

Ketua pembangkang itu berkata, PKR “mendukung secara prinsip usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah seperti yang ditegaskan kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April 2017”.

Zaid berkata, mereka yang mahu menjadi pemimpin sebuah negara berbilang bangsa dan agama perlu bersedia mempertahankan institusi dan undang-undang sekular.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin Islam dalam Pakatan Harapan tidak memahami undang-undang dan dasar kerajaan perlu digubal berdasarkan konsep tunggal, iaitu Perlembagaan negara ialah sekular.

Ahli DAP itu berkata, hanya sebuah negara sekular boleh memastikan rakyat menikmati kebebasan dan mempunyai pilihan sendiri, tetapi bukannya undang-undang agama.

Pada 17 Disember 2016, Lim Kit Siang dipetik China Press sebagai berkata, Malaysia akan memiliki perdana menteri wanita pertama, jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 kerana Dr Wan Azizah akan memangku jawatan nombor 1 negara itu sehingga suaminya dibebaskan dari penjara.

Penasihat DAP itu dilaporkan berkata, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan dilantik sebagai pemangku timbalan perdana menteri, jika PH berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

Ahad, Jun 21, 2015

Akhirnye terkubur juge PR........

Ceritanya memang Pakatan Rakyat sudah terkubur – Khalid Samad
Khalid Samad berkata PAS mengumumkan keputusan Majlis Syura Ulama dan meluluskan usul dalam Muktamar PAS ke-61 baru-baru ini bahawa tiada lagi hubungan dengan DAP, menunjukkan parti tersebut telah keluar dari gabungan dan dengan itu yang tinggal tidak lagi dinamakan sebagai Pakatan Rakyat. - Foto TRP/Syahirah Roslan

KUALA LUMPUR, 21 Jun:

“Setiap parti sudah bebas dari ikatan Pakatan Rakyat apabila salah satu parti komponen mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.”

Demikian menurut Ahli Parlimen PAS-Shah Alam, Khalid Samad yang mengulas mengenai status Pakatan Rakyat dalam blog www.khalidsamad.com hari ini.

Katanya, PAS mengumumkan keputusan Majlis Syura Ulama dan meluluskan usul dalam Muktamar PAS ke-61 baru-baru ini bahawa tiada lagi hubungan dengan DAP, menunjukkan parti tersebut telah keluar dari gabungan dan dengan itu yang tinggal tidak lagi dinamakan sebagai Pakatan Rakyat.

“Maka dalam suasana sekarang, setiap parti bebas bergerak mengikut kehendaknya sendiri. Tiada lagi sebarang ikatan antara mereka kerana Pakatan Rakyat sudah tiada,” katanya.

Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga memetik kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah yang menyatakan parti itu menyokong kerajaan Kelantan yang dipimpini PAS dan menyokong juga kerajaan Penang yang diketuai DAP.

Khalid berkata, kenyataan itu perlu dibuat kerana pendirian DAP terhadap kerajaan Kelantan dan PAS terhadap kerajaan Pulau Pinang adalah berbeza kerana DAP sudah tidak bersama PAS dan dengan itu tidak menyokong kerajaan Kelantan di bawah PAS begitu juga sebaliknya kecuali PAS ingin melakukan pusingan-U (U-turn)

“Saya rasa tidak mungkin PAS melakukan U-turn dan kenyataan Tuan Guru Hadi Awang yang menyebut bahawa ‘dua parti memadai untuk mewujudkan Pakatan’ adalah konsisten dengan keyakinan saya ini,” katanya.

Khalid dengan jelas menyatakan istilah ‘pengsan’ atau komatose, tidak berfungsi secara formal atau sebagainya adalah hanya istilah-istilah yang mengaburi hakikat sebenar mengenai gabungan tiga parti PAS, PKR dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat.

“Barisan kepimpinan PAS dan parti pembangkang perlu lebih awal mengakui keadaan sebenar, maka adalah lebih mudah untuk memulakan usaha baik pulih dan pembetulan sekiranya perlu. Tiada manfaat menipu diri dengan mengatakan kesemuanya baik sedangkan pada hakikatnya adalah sebaliknya,” katanya.

Muktamar Tahunan PAS ke-61 telah meluluskan usul yang dibawa Dewan Ulama PAS pusat tanpa dibahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama dalam isu hudud.

Bagaimanapun usul berkenaan mahu PAS mengekalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang bersama PKR.

Sejurus pengumuman itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud selepas parti sekutunya, PAS memutuskan tahaluf siyasi atau hubungan politik dengan DAP pada Muktamar tahunannya itu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/21/ceritanya-memang-pakatan-rakyat-sudah-terkubur-khalid-samad/#ixzz3dgIGdb5n