Facebook Atuk Banjar Masin

Memaparkan catatan dengan label Barisan Nasional. UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barisan Nasional. UMNO. Papar semua catatan

Selasa, September 09, 2014

Petande baik untuk mase hadapan.......

MONDAY, SEPTEMBER 8, 2014

Forum PASMA penuh sesak - Alamat Baik Untuk Haji Hadi

Forum PASMA yang diadakan malam tadi mendapat sambutan besar daripada masyarakat terutama ahli-ahli PAS yang menyampah dengan apa yang berlaku sekarang. Ini petanda baik untuk PAS menilai kembali status ISlam yang dibawa pimpinan mereka.

Kehadiran hingga melimpah ruah di dewan perhimpunan cina Kuala Lumpur ini menandakan ramai ahli menyampah dengan pimpinan yang suka membuat kenytaan berbelit-belit.

Sekiranya PASMA ditukar daripada NGO kepada parti politik maka andaiannya boleh dilihat daripada gambar di atas. Tidak kurang 50% ahli PAS akan bersama PASMA
.
Tok dah nampak semakin jelas bahawe PAS sudah semakin menghampiri ajal nye. Petande2 awalnye sudah nyate, PAS bukan sahaje terbelah due tetapi ia nye dah berderai. Harapan BN untuk menawan semule Selangor semakin menjadi cerah.

Orang melayu negeri Selangor sedar bahawe hanye UMNO sahaje yang mampu membele agame, bangse dan negare. Mereke sudah hilang kepercayaan terhadap PR yang tidak sehaluan dan sentiase bercakaran sesame sendiri.

"Nasik dah jadi bubur" masih boleh di makan, ini nasik dah hangus rentung........


Tok yakin tentang pergolakan politik yang sedang berlaku ni negeri Selangor ni ade rahmat kurniaan Allah kepade Kerajaan Barisan Nasional yang Berdaulat. Dengan kehendak Allah dengan tibe2 pemimpin2 PAS dan PKR berperang sesame sendiri. Kini kite sedang menyaksikan mereke sedang berbunuhan sesame sendiri.

'Perkelahian' dalam Pakatan Rakyat ni tidak sahaje berlaku diantare mereke sendiri tetapi ianye juge telah melibatkan pehak istane. Perbuatan mereke ni se olah2 mempersendekan kuase Sultan, dengan ini mereke boleh lah di anggap penderhake.

Pade pendapat Tok bukan sahaje rakyat negeri Selangor sudah meluat dan bencikan Pakatan Rakyat bahkan seluruh rakyat Malaysia juge sudah menolak nye.

Isnin, Mei 06, 2013

PAS kalah teruk kerane bersengkokol dengan DAP


Ramai `heavy weight’ PAS kecundang
Muda Mohd. Noor | May 6, 2013

Mohamad Sabu, Haron Din dan Husam Musa antara yang kalah selain kehilangan beberapa kerusi parlimen yang dimenangi pada tahun 2008.

 


PETALING JAYA: Beberapa tokoh besar PAS kalah dalam pilihan raya umum ke 13 ini, antaranya termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Sabu di kerusi parlimen Pendang.

Timbalan Muryidul Am PAS, Datuk Harun Din kalah di kerusi parlimen Arau.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula tewas di Putrajaya, manakala Salahuddin Ayub kecundang di Pulai.

Dr Dzulkefly Ahmad gagal mempertahankan kerusi Kuala Selangor yang dimenangi pada 2008.

PAS juga kalah di Baling, Kubang Pasu, Jerai, Jerlun, Padang Terap dan Sik.

Parti itu juga kehilangan negeri Kedah yang dimenangi pada tahun 2008 kepada Barisan Nasional.

Nasib beberapa tokoh besar lain termasuk Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul RAzak tidak diketahui.

Bagaimanapun, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang di Marang; Datuk Nik Aziz Nik Mat (DUN Chempaka) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) serta Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berjaya mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam selepas mengalahkan Datuk Zukifli Noordin dari Barisan Nasional.

PAS juga merampas dua kerusi parlimen – Dungun dan Kuala Nerus- kedua-duanya di Terengganu dan Temerloh di Pahang melalui Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda Pusat.

Parti itu juga kehilangan Kedah yang dimenangi pada tahun 2008 kepada Barisan Nasional.


Tok dah kate PAS dah buat silap kerane bersengkokol dengan DAP. Sekarang terime le akibat nye. PAS dah di tolak oleh kaum melayu/islam. Yang nampak jelas si DAP tu le yang untung, dengan sokongan dari PAS dan PKR, DAP dapat kekalkan P Pinang dan menambah kan lebih banyak lagi kerusi2 DUN dan Parlimen nye.

Tok ucapkan syabas dan berbanyak terime kasih kepade semue rakyat yang telah menyokong dan membantu kerajaan BN mengkalkan kuase memerintah negare.