Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Oktober 10, 2014

Perjuangan Islam PAS sudah di tewaskan oleh DAP dan PKR ..........?

'TAK ADA MASALAH DENGAN PESTA ARAK, CUMA PENGANJUR KENA MOHON KEBENARAN' - AZMIN

SHAH ALAM 9 Okt. - Meskipun menerima bantahan daripada banyak pihak termasuk rakan sekutunya, Pas, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertegas membenarkan penganjuran pesta arak, Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hujung minggu ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya memberi laluan kepada pesta tersebut diteruskan memandangkan penganjur telah memenuhi semua syarat ditetapkan.......

Atuk peratikan PAS di Selangor ni bukan lagi disifatkan 'seperti lemukut ditepi gantang', tatapi PAS dah jadi lemukut terkeluar dari gantang.

Sekarang PAS sudah terpakse 'halalkan' arak di Selangor demi menjage hati rakan sekutu nye iaitu DAP dan PKR. Atuk tak boleh bayangkan jikesekire nye PAS bersikap demikian dikale same2 memerintah negare Malaysia ini.

Sikap PAS yang kunun nye pembele agama Islam ni pasti akan menghancurkan umat Islam di negare ini kerane terpake mengikut telunjuk DAP dan PKR sahaje.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,