Ciri-ciri Aku Janji BN PRU13
CIRI-CIRI UTAMA:
- BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
- 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
- Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
- Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
- Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
- Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.
- BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
- Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
- Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
- Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
- 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
- Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
- Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
- Membina Lebuh raya Pan Borneo.
- Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
- Sekolah satu sesi diperluaskan.
- Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
- Transformasi sekolah vokasional.
- 4,000 anggota Polis setiap tahun.
- Penggunaan SafeCam.
- Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.
akujanji untuk menggurangkan harga kereta tu macam biasa dengar jer
BalasPadamTun Mahathir tak marah ke sebab nanti akan berlaku kelambakan kereta?
Demokrasi ala UNO - 10 minit rakaman pembentangan manifesto Pakatan Rakyat
180 minit pembentangan manifesto secara langsung oleh BN
SPR mesti kata : Ini sangat adil untuk semua parti yang bertanding. Undang-undang sadik sigara rasa ini dinamakan Demokrasi HaramJadah.
Tok rasa adil ke?
adil tak adil. kan depa boikot semua tv kat malaysia ni. tak malu.
Padamharga keta turun sebab afta, bukan sebab pakartoon. pakartoon nak hapuskan terus cukai, tapi bn cuma 20-30&. hang gila ka nak hapuskan cukai. tak belajaq ekonomi la tu. ingat kalau keta murah, hidup makin senang? poyo
AFTA?
Padamboleh terangkan sikit?
Cukai tak boleh dihapuskan? Hebat teori ekonomi hang. Awat tak boleh hapus? Duit Petronas pi mana? Beri kat Sharizat kah suruh jaga lembu?
diyakini terdapat 9 perkara yang dinyatakan oeh Pakatan Rakyat yang diciplak oleh Barisan Nasional di dalam manifestonya.
PadamAfta utk harga kereta? kelakar teori ni. Pi baca balik
Asalakan kebaikan kembali kepada rakyat tak apalah siapa yang membentangkannya, cuma jangan merembat harta dan wang rakyat.
Jangan sergah SPRM. Malu kawan tu sampai tak terkata-kata. Sesepi tikus kebasahan.