Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Januari 10, 2013

DAP berjaye menggegarkan kepimpinan PAS ................

"ISU KALIMAH ALLAH KIAN PANAS.. DEWAN ULAMA' PAS KECAM HADI AWANG.

WEDNESDAY, JANUARY 09, 2013 GELOMBANG RAKYAT 20 COMMENTS



Kenyataan terbaru Dewan Ulama' PAS Pusat yang tegas berpendirian membantah penggunaan Kalimah Allah terhadap Agama bukan Islam membuktikan Presiden Hadi Awang telah meruntuhkan integriti dan peranan sayap paling kanan parti tersebut.

Bantahan secara terbuka yang dikeluarkan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ustaz Haron Taib merupakan satu peringatan keras buat Presiden PAS agar tidak membelakangi peranan besar Majlis Syura Ulama PAS apatah lagi menyatakan pendirian berkaitan isu2 Agama Islam.

Memang benar apa yang dibangkitkan Hasan Ali ketika bersama PAS satu ketika dahulu. Peranan Dewan Ulama PAS semakin terpinggir dek kerana penguasaan puak2 Parasit yang menyembah impian Anwar.

Politik tetap politik. Kejujuran hanya terletak pada prinsip setiap individu bergelar Pemimpin. Jika prinsip tersebut kian bertukar berulangkali tanpa henti, tiada lagi kejujuran pada pemimpin itu."

Kenyataan Lim Guan Eng dalam ucapan nye menyambut hari natal 2012 tentang penggunaan kalimah Allah ke dalam bible telah mengundang padah buruk terhadap PAS. Sudah nampak jelas dan nyate bahawa pemimpin2 PAS sudah mule bertelagah pendapat. 

Tuan Guru Hj Nik Aziz sependapat dengan Tn Guru Hj Hadi Awang dan bersetuju dengan permohonan Lim Guan Eng@DAP supaye kalimah Allah di gune pakai ke dalam bible bahasa melayu. Erti nye PAS menyokong dan tiade halangan bagi kristian mengunekan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu.

Malang nye, persetujuan dan pendapat TGHNA dan TNGHA telah menerime tentangan keras dari Dewan Ulama PAS Pusat. Ketue Dewan Ulama PAS Pusat ustaz Haron Taib menyangah Presiden PAS kerane tidak mengikuti peraturan Majlis Syura Ulama PAS.

Sekarang sudah nampak jelas ade berlaku perpecahan pendapat di antare pemimpin2 PAS tentang isu kalimah Allah yang telah di cetus kan Lim Guan Eng@DAP. Perpecahan pendapat ini telah merebak keseluruhan kepimpinan, ahli2 dan penyokong2 PAS di segenap lapisan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,