Facebook Atuk Banjar Masin

Rabu, April 18, 2012

Selame ni Tok tak pernah komen tetang cerita ni.........

Kalau Tok tak silap, inilah kali pertame Tok nak buat sedikit komen tentang personaliti yang bakal mengantikan DSNTR sebagai PM Malaysia. Nafsu keinginan nye untuk menjadi PM memang sangat besar dan tidak pernah pudar2 semenjak dari sebelum beliau tersingkir dari UMNO.

Ketika beliau menjawat jawatan TPM, tidak dinafikan bahawa beliau telah mempunyai penyokong dan pengikut2 nya yang agak besar juge. Akan tetapi ianye tidak lah sebesar dengan pengikut2 dan penyokong2 TDM PM Malaysia ketika itu.

DSAI tidak berjaya menghimpun lebih ramai pengikut2 dan penyokong2 nye dalam gerakan reformasi nye ketike itu. Sebenar nye 'reformasi' anjuran DSAI telah gagal 100%. Dalam ingatan Tok ramai juge pengikut dan penyokong nye yang berdemo telah di tangkap dan ada juge yang kehilangan perkerjaan.

Pengikut2 dan penyokong2 nye yang mendapat musibah ni tidak pernah mendapat pembelaan dari DSAI, mereka di biarkan dan di lupekan begitu saje. Mereka sedar dan insaf bahawa perjuangan reformasi DSAI hanye lah kerja yang sia2 saje. Sebenarnye kumpulan yang ramai ni sudah tinggalkan DSAI.

Penyokong2 DSAI hari ini hanye saki baki yang tak seberape ramai nye, DSAI menyedari hal ini, itu sebab beliau bertungkus lumus merekrut penyokong2 baru dari anak2 muda yang kurang pengalaman nye tentang sejarah dan perkembangan politik tanah air.

Hari ini DSAI memang sangat terdesak hinggakan anak2 muda di pusat2 pengajian tinggi cube dipengaruhi nye untuk menentang kerajaan. Malang nye usaha2 jahat beliau ini juge telah gagal, cume segelintir budak2 'nakal; saje yang mudah terpengaruh dengan tipu helah DSAI ni.

Tok juge boleh anggap DSAI ni sudah menjadi 'dalang', dalang bagi memburuk kan keadaan negara yang aman dan makmur ni. Cerita NFL, PTPTN dan lain2 di hebohkan kesane sini oleh pencacai2  dalang ni. Tapi Tok sangat yakin bahawa selepas PRU13 nanti dalang dan pencacai2 nye pasti akan berkubur.

1 ulasan:

  1. amat tepat sekali pandangan tok ni. sama samalah kita harapkan agar lebih ramai lagi akan menyedarinya sebelum PRU13.

    BalasPadam

, , , ,