Pemimpin UMNO harus sedar dengan realiti yang sebenarnya kedudukan BN pada masa ini. Persoalan nya, adakah BN sudah benar2 pulih dari landaan tsunami dalam PRU12 yang lepas? Di tahap manakah kedudukan sebenar UMNO dan parti2 komponen nya?
Untuk meninjau keadaan sebenarnya, tok sentiasa hadir ceramah2 dan kempen Pakatan Rakyat terutamanya yang di anjurkan oleh PAS. Sebenarnya kebanyakan penceramah2 PAS dan PKR memang tidak boleh disangkal tentang kebuleh nya memukau pendengar2 nya.
Boleh dikatan setiap ceramah2 yang mereka adakan pasti sambutan nya 'full-house'. Tindakan dan sekatan2 yang di lakukan polis sedikit pun tidak berkesan. Jika di amati dengan halus, semakin di sekat ianya menjadi semakin popular.
Isu2 buruk yang sedang melanda Anwar Ibrahim ini juga sedikit sebanyak telah menjadi kan nya semakin popular juga terutama nya dikalangan kaum cina. Bagi kaum cina itu perkara biasa, tak kesah apa bagi mereka. Bagi penyokong2 melayu pula, mereka anggap fitnah itu saja.
Selama ini kerajaan BN belum lagi dapat formula yang berkesan bagi mengekang kemaraan pembangkang. Jika lima belas atau dua puluh tahun dulu perkara kehilangan wang diposit pilihan raya bagi parti lawan adalah perkara biasa.
Hari ini, kita tidak pernah lagi dengar PAS, PKR atau DAP kehilangan wang diposit. Malahan jumlah undi yang mereka perolehi semakin bertambah. Di sebalik itu undi yang diperolehi oleh BN semakin berkurangan. Ini lah tajuk2 yang perlu di ambil perhatian serious oleh UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,