Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, Februari 01, 2011

Pakatan Rakyat yang tidak pernah sepakat

Walaupun Pakatan Rakyat berjaya menguasai 5 buah negeri pada PRU12 yang lepas, cara2 mereka mentadbir negeri2 yang di kuasainya sangat ber beza2. Di Kelantan, PAS memerintah dengan cara PAS nya. Parti2 sekutunya seperti DAP dan PKR langsung tidak ujud.

Di Kedah, PAS lebih nampak sedikit berkuasa tetapi masih lagi tunduk kepada DAP dan PKR. Mereka juga tidak ada menampak kan kesepakatan dalam hal memerintah negeri. Oleh kerana tidak ujud kesepakatan ini telah menyebabkan negeri Kedah terumbang ambing tidak tentu arah.

Di Selangor pula lain halnya, walaupun MB nya dilantik dari calun PKR, tetapi pentadbiran nya di bayangi oleh DAP. PAS cuma ujud seperti lemukut di tepi gantang sahaja, PAS tidak pernah bersuara ataupun suara PAS sudah dibisukan oleh DAP.

Paling malang di P Pinang, walaupun PAS ada seorang ADUN, ianya di ketepikan oleh DAP. PAS telah bertungkus lumus membantu DAP dan PKR semasa PRU12. Malang nya PAS dianjing kurap kan oleh DAP selepas parti itu berkuasa. Mengapa pemimpin2 PAS rela ADUN tunggal nya di anjing kurap kan oleh DAP?

Negeri Perak bernasib telah di selamat kan Allah dari bale bencana kepimpinan PAS yang bersengkokol dengan DAP. Pemerintahan PAS ala DAP di Perak runtuh apabila 3 orang ahli sekutu nya keluar parti. Rakyat negeri Perak masih ingat sikap buruk DAP yang membolot 5 kerusi EXCO berbanding 1 bagi PAS dan 2 bagi PKR.

Jika begini lah cara Pakatan Rakyat memerintah negara, pasti negara akan musnah. Rakyat harus ingat bahawa tidak pernah ujud pakatan antara parti2 sekutu dalam Pakatan Rakyat. Ianya cuma ujud semasa menghadapi PRU atau PRK sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,