Facebook Atuk Banjar Masin

Isnin, Mac 15, 2010

PAS tersalah masuk pintu - .........

Sedang menunggu saat2 'akhir zaman' nya.

Pemimpin2 atasan PAS sebenar nya tahu siapa semua pemimpin2 PKR yang berketurunan melayu itu. Pemimpin2 PKR ini terdiri dari sekumpulan pemimpin2 UMNO yang telah mengkhianati UMNO. Mereka terdiri dari ahli2 yang telah kecewa atau telah dipecat dari UMNO. 

Walaupun mereka ini telah berada diluar UMNO dan telah menubuhkan PKR tetapi jiwa dan semangat UMNO nya masih lagi kuat tertanam dalam diri mereka. Setelah berada dalam PKR, kebanyakan nya sudah mula sedar bahawa perjuangan mereka cuma membazir dan buang masa sahaja.
Kini sudah tiba lah masanya mereka kembali berjuang semula dalam UMNO. Sebenar nya kemenangan besar PKR pada PRU12 yang lalu BUKAN kerana PKR itu kuat atau telah mendapat sokongan majoriti dari rakyat. Kemenangan itu cuma disebabkan berlaku pergolakan politik UMNO dibawah pimpinan bekas mantan PM Tun Abdullah Badawai.

Ahli2 dan penyokong UMNO yang kecewa dengan pimpinan Tun telah menyokong PKR sebagai undi protest. Perkara yang sebegini tidak mungkin akan berlaku lagi pada PRU13 akan datang. Ini kerana semua gulungan lapisan rakyat telah pun selesa berada dibawah pimpinan PM baru iaitu DSNTR.

Ini bermakna bahawa sokongan rakyat terhadap PKR itu cuma sokongan sementara sahaja. Begitu juga dengan PAS, parti ini juga telah mendapat tempias dari sokongan yang diperolehi oleh PKR. PAS juga telah bernasib baik kerana mendapat sokongan dari DAP. Sedangkan DAP mempunyai agenda tersendiri dan tersembunyi mengapa sanggup menyokong PAS.

PAS atau PKR tidak mingkin akan menerima nasib yang sama pada PRU13 akan datang. Rakyat yang telah membuat kesilapan pada PRU12 yang lepas tidak akan membuat kesilapan lagi pada PRU13 akan datang.

3 ulasan:

  1. Ahli2 dan penyokong UMNO yang kecewa dengan pimpinan Tun telah menyokong PKR sebagai undi protest. Perkara yang sebegini tidak mungkin akan berlaku lagi pada PRU13 akan datang. Ini kerana semua gulungan lapisan rakyat telah pun selesa berada dibawah pimpinan PM baru iaitu DSNTR.-BRAVO BRO. INI KENYATAAN YG SL SETUJU 100%. DI SABAH, PKR KAMI BAGI 0.00 KERUSI DALAM PRU 13. Sebelum Penamaan Calon PRU 13, mereka akan hancur sendiri! Kini sedang berperang sesama mereka.

    BalasPadam
  2. UMNO sebenarnya sudah sampai ke hujung usia, kehancuran UMNO akan tiba menjelang PRU ke-13 nanti....
    Aku bukannya ahli PAS atau PKR... tapi aku sangat bencikan UMNO... aku tak percaya kepada kuasa politik Melayu Islam macam UMNO yang fasik tu... aku percaya hanya kepada kuasa politik Islam....

    BalasPadam
  3. Taniah Zahrin berani beri nama 15 pengganas yg ingin gulingkan BN, harapkan pagar ianya makan padi. Mereka itu hendaklah dihukum tembak, baru dia sedar. Jangan bagi mandat lagi utk dia...terutama yg baru kahwin dgn artis...Bung Mokhar

    BalasPadam

, , , ,