Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, Februari 02, 2010

Rakyat yang berfikiran waras boleh menilai yang mana intan dan yang mana kaca

Jasa pemimpin2 UMNO terhadap orang2 melayu sungguh besar sehingga sukar untuk di nilai. Kita perlu fikirkan tentang kehidupan orang melayu sebelum merdeka. Ia nya jauh berbeza, seperti langit dengan bumi.

Perbezaan taraf hidup semasa sebelum dan selepas merdeka ini hanya dapat diketahui dan di nilai oleh manusia yang berfikiran wasar yang berumur 60 tahun keatas sahaja. Tok ingin mengingat kembali di zaman muda remaja Tok di tahun 1950 dahulu. Pada zaman itu di kampung Tok nak lihat motor kapcai pun susah. Hari ini jika kita pergi ke mana2 kampung ceruk rantau negeri pun kita ternampak di sana sini kereta2 motorkar. Bab motor kapcai tak payah cerita lah.

Tok yakin kebanyakan bloggers di sini terdiri dari kaum muda mudi yang belum lahir dizaman susah dulu2. Jika ada juga yang tua2 sebaya dengan Tok, mungkin mereka ini kurang waras fikiran nya. Tidak boleh membezakan antara kehidupan di zaman sebelum dan selepas merdeka.

Keamanan, kemakmuran dan kemajuan yang sedang kita nikmati ini semua nya dari hasil pemerintahan BN yang diterajui oleh UMNO.

Tok tidak ada nampak langsung walau sebesar hama dari jasa pemimpin2 PAS, PKR atau DAP terhadap rakyat Malaysia. Apa yang mereka buat selama ini hanya cuba menghasut dan cuba meruntuhkan kepimpinan negara yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Alasan pemimpin2 pembangkang ini terlalu lemah dan dangkal, " JIKA KAMI DIBERI PELUANG MEMIMPIN NEGARA, KAMI AKAN MENJADIKAN NEGARA INI LEBIH AMAN, MAKMUR DAN LEBIH MAJU".

 Persoalan nya, adakah negara kita ini TIDAK aman, makmur dan maju? Nak aman, makmur dan maju yang macam nana lagi?

Tentang rasuah? Negara mana yang tidak amalkan rasuah? Jika Pakatan Rakyat memerintah, mampukah mereka hapuskan rasuah? Sedangkan kebanyakan pemimping PKR itu berasal dari UMNO yang kebanyakan nya sudah terpalit dengan rasuah.

Apa perlunya kita robohkan rumah yang sudah sekian lama kita duduki dengan aman, damai dan selesa?

Jangan tumpahkan air ditempayan bila mendengar guruh di langit.

3 ulasan:

  1. bodoh lahabau,bukan umno yang berjasa sebelum merdeka mereka pi ambil iktiraf merdeka saja,yang masuk hutan kena bunuh itulah pergorbanan............

    BalasPadam
  2. tok janggut,maharajalela.mat kilau,puntung,datuk bahaman,helmy burhunudin ,dr asri ching peng,rashid maydin yang banyak berkorban ,lepaih merdeka baru umno wujud dan bagi iktiraf kerakyatan pada bangsa cina.
    tolongggglah jangan ubah fakta

    BalasPadam
  3. Nampak sesangat si Tun Saban ni kureng pelajaran. Mana ade pahlawan melayu name 'puntung' kalau 'puntum' ade le pernah teman dengo. Yang bunuh resident British di Pasir Salak, Perak

    BalasPadam

, , , ,