Facebook Atuk Banjar Masin

Rabu, Mei 06, 2009

Kekerasan akan menambah parah BN/UMNO



Semakin hari BN/UMNO menampak kan kehilangan sokongan nya. Ini terjadi kerana sikap pemimpin2 UMNO yang berkuasa suka lempar batu sembunyi tangan. Mengunakan ugutan dan kekerasan. Mengunakan pehak tertentu untuk kepentingan parti.

Rakyat hari ini sudah matang cara berfikir nya. Mereka benci kepada ugutan dan kekerasan. Mereka sudah tidak takut dengan ugutan atau kekerasan yang di lakukan oleh pehak tertentu.

Jika 10 orang di tangkap atau terdera, mungkin saudara mara mereka ini ada yang menyokong BN/UMNO. Maka saudara mara ini akan mungkin membenci BN/UMNO juga. Jika ini berterusan di laku kan mungkin hasrat BN/UMNO untuk pulih akan gagal.

Tok sebagai penyokong setia UMNO ini pun terasa sedih melihat bangsa sendiri di tangkap atau terdera. Walaupun jika mereka bersalah, kita harus gunakan kelembutan untuk memujuk mereka. Rakyat mahukan kedamaian dan keamanan.

Sebenar nya tujuan mereka berhimpun atau mahu 'berpakaian hitam' bukan untuk buat kacau jauh sekali merusuh.

Jika BN/UMNO mahu terus di gemari rakyat hentikan kekerasan atau ugutan, kekerasan dan ugutan hanya akan membawa padah buruk kepada BN/UMNO.

6 ulasan:

  1. Selalunya penyokong UMNO tidak berfikir seperti ini. yang ini ada unsur taqwa.

    BalasPadam
  2. Sdr Hamirdin TQ sudi melawat dan komen.

    Tok sudah puas menyokong UMNO, tetapi UMNO masih tidak mahu berubah, sudah sampai masa nya untuk semua rakyat membuat perubahan.

    UMNO perlu berubah.

    BalasPadam
  3. RUPANYA ADA UMNO BAIK DAN UMNO JAHAT!... KALAU RASA DAH SEDAR TINGGALKANLAH TERUS KEMUNGKARAN. BUKA APA, TAKUT KITA TERPALIT AKAN DOSANYA.

    BalasPadam
  4. tapi kalau difikirkan .. mana-mana parti pun ada baik buruknya... kalau PAS yang memerintah negara .. ada gak terjadi law tak balance.. bangsa lain pun nak gak merasa kebebasan hidup kat malaysia.. contoh jer la ... sekarang ni PM dah baru .. ade apa2 perkara yang tak boleh kite terima boleh jer hantar memorandum kat beliau .. jangan plak jadi cam rusuhan PPSMI memang sengaja dibuat sedangkan polis cuma bagi tapak utk berhimpun jer.. pastu tetiba nak berarak ke istana negara.. pasti guna ayat-ayat yang takde kait mengait dengan niat asal itu.. tu nampak sangat Parti Pembangkang ambil kesempatan sedangkan semua orang tahu soal akademik tak patut dipolitikkan sampai macam tu sekali .. dah terkena gas pemedih mata nak salah FRU plak sedangkan rusuhan itu membahayakan orang ramai...

    BalasPadam
  5. Melayu pijak Melayu.. Beginilah keadaan kita hari ini, sudah semakin parah.. Sama seperti di Thailand hari ini.. Bahang itu terus merebak, ia umpama Api yang terus menyala dan marak keserata tempat. Siapakah yang sedang menyalakan api?? Ini yang kita kena tahu..

    BalasPadam
  6. tapi bagaimana untuk berubah ika kita tidak mulakan... tutuhkan umno!

    (sidang dun 7/5/09) untuk mengetahui laporan media dari dunia ... hehe

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/05/berita-dr-saentero-dunia-apabila-lanun.html

    BalasPadam

, , , ,