Dengan ini maka tertunailah hasrat rakyat Malaysia yang inginkan ketua pemerintah yang baru.
Rakyat yang dulunya membuat protest yang menyebabkan negara hampir jatuh ketangan pembangkang kerana menolak DSAAB harus kembali menyokong kerajaan yang baru ini.
Kalau dulu kita tolak DSAAB kerana kelemahan nya memerintah, kini kita harus sokong dan berdiri teguh dihadapan ketua baru kita. DS Najib bukan pemimpin yang bersifat lemah, penglaman nya mentadbir juga tidak boleh dipertikaikan. Kepimpinan DS boleh menyatukan semula kaum bukan melayu dalam sebuah parti Barisan Nasional.
Dengan terlantiknya DS Najib sebagai PM, kita tidak lagi perlu rusau untuk menghadapi PRU13 yang akan datang. Sokongan rakyat dari semua kaum telah kembali padu menyokong BN.
Pada PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai BN akan menang dengan mudah. Sokongan rakyat di ke tiga2 kawasan ini sudah menampak kan perubahan untuk menyokong BN. Rakyat sememangnya sudah tahu dan merasai bahawa BN sahaja yang telah banyak berjasa.
PAS harus sedar bahawa, PKR itu berasal dari serpihan UMNO yang telah kecewa dan tidak mendapat sokongan dari orang melayu. DAP pula sebuah parti yang anti Islam, hinggakan YB Karpal Singh ada menyebut "over my dead body" kalau hendak tubuhkan negara Islam.
PAS harus sedar bahawa sokongan DAP dan PKR ini TIDAK ikhlas sama sekali.
Sebaik baik nya PAS harus kembali bersama UMNO demi menguatkan perpaduan Melayu dan Islam. Rata2 pada masa ini hampir semua 'rakyat biasa' yang berada dalam UMNO dan PAS lebih suka kita bersatu dalam sebuah parti.
Tok Gajah berharaf DS Najib dan ahli2 UMNOnya akan berusaha sedaya upaya agar Melayu/Islam dapat di satukan dibawah satu panji2 Islam.
Datuk Seri Najib....yang baik dan terbaik untuk setakat ini! Insyaallah jika kita bersatu seperti mana saranan Tok GAJAH, kita akan berjaya di masa hadapan!
BalasPadamDAP perlu diajar ddn nilai2 murni keislaman... terapkan pada mereka, kalau mereka da sampai jd cam umno parah nnt tak dapat di obati.. menghina agama sdr..
BalasPadamSikap kurang ajar yang keterlaluan oleh DAP itu kerana sokongan PAS terhadap DAP.
BalasPadamPAS perlu diajar supaya mereka sedar akan muslihat buruk DAP.
umno akan berkubur pada PRU 13 nanti.....
BalasPadamumno yang perlu belajar dan di ajar tentang akhlak dan tingkah laku.....umno ni macam ketam, nak ajar anak jalan lurus tapi dia sendiri jalan mengiring......tak nak rasuah tapi rasuah jugak......
dato najib and the gang nya terutama khairi akan jadi liabiliti kepada umno
hidup umno..........hidup rasuah
hidup rasuah........hidup umno
bagi salah.........tak bagi kalah