Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Februari 13, 2009

UMNO DAH BERUBAH DAN SUDAH BERSIH?


Gambar hiasan

Setiap hari kita di laungkan oleh para pemimpin atasan supaya UMNO segera berubah.

Berubah cara bagaimana kah yang di maksud kan oleh para pemimpin atasan itu?
Adakah berubah cara gaya hidup? atau berubah perwatakan? atau berubah pemikiran? atau kesemua nya sekali?

Sejauh manakah penerimaan UMNO diatas saranan para pemimpin ini yang sudah di laksana kan? Adakah UMNO sudah mula berubah?

Sebenar nya UMNO MASEH TIDAK BERUBAH! Masih berada di takuk yang lama. Para pemimpin2 nya juga masih ramai lagi terdiri dari 'orang lama'.

Bukan mudah bagi UMNO untuk berubah dalam masa yang singkat. Mungkin UMNO akan boleh berubah dalam masa 10 atau 20 tahun lagi. Menunggu masa itu mungkin UMNO sudah hancur lebur.

Pada pandangan kebanyakan rakyat, pemimpin2 UMNO yang ada pada hari ini hampir semua nye 'kelabu', malahan ada juga yang dah 'hitam legam'. Selagi masih ada pemimpin2 UMNO yang 'kelabu dan hitam' ini dalam UMNO, UMNO akan terus tidak di terima oleh sebahagian rakyat Malaysia.

Sekarang UMNO sedang menghadapi dan menempuh jalan sukar pada setiap PRK yang diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi. Ini terjadi kerana sokongan kaum bukan melayu terhada Barisan Nasional sudah terhakis. Kaum melayu juga sudah terbahagi kepada 3 kumpulan - UMNO, PAS dan PKR. Hanya 1 bahagian sahaja yang menyokong UMNO. PAS dan PKR menyokong Pakatan Rakyat. Sekarang UMNO cuma bergantung kepada jumlah bilang melayu dan bukan melayu yang masih menyokong BN sahaja.

Tugas berat UMNO ialah mengambil hati kaum bukan melayu yang telah meninggalkan BN. Dan seterus nya memikat lebih ramai melayu kembali menyokong UMNO.

Cara mengambil hati dan memikat dengan janji pembangunan, kemajuan, keamanan dan kemewahan sudah tidak mereka terima lagi.

5 ulasan:

  1. Kami tak tau apa akan jadi kat negara kita ni. Semenjak keputusan PRU 12 kuar, masih tak selesai lagi hal politik. Dari kaca TV sampai la ke surat khabar nyamuk, dari warung kopi pisang sesikat sampai la ke hotel mewah 5 bintang, dari pakcik nelayan sampai la ke Hang kebun. Cerita tadak lain, politik, politik, politik.

    Wahai pejuang Rakyat, Wahai Pejuang Bangsa, tolong la berhenti sejenak dan fikirkan sekejap masalah rakyat terbanyak. Kami sekarang ni berdepan dengan kesusahan akibat kos sara hidup yang meningkat di tambah pula kesan sub prima kejatuhan ekonomi global.

    Banyak kilang dah tutup, banyak premis dah lingkup, banyak kes pembuangan pekerja secara bersistematik, meningkatnya kadar pengangguran yang drastik lalu meningkatnya kadar jenayah secara automatik.

    Kini ramai rakyat bawahan yang kesusahan dan hidup penuh kesulitan. Harga getah jatuh. Harga sawit jatuh. Harga besi buruk pun jatuh. Nak berniaga, pelanggan ramai tapi ramai nak masuk akaun sebab tak berduit. Jadi kontraktor kecil, projek kerajaan turun, kroni yang pulun. Masa depan kami kabur. Masa depan anak-anak kami bercampur baur.

    Perut kami tak kan kenyang dengan politik. Anak-anak kami yang kelaparan tidak akan tido lena didendang pidato politik. Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam Peti-peti Undi. Suara rakyat, suara keramat.

    Oleh itu wahai pejuang bangsa, wahai pejuang rakyat, berhentilah seketika dan ayuh duduk semeja demi kebajikan rakyat terbanyak. Makmurkan ekonomi negara,jangan biarkan rakyat hidup dalam kesusahan kerana "Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran.

    samo2lah kito pikirkan.

    BalasPadam
  2. percaya la umno tidak akan perintah lagi malaysia dlm 5 tahun akan dtg. Insyaallah pilihan tepat adalah PAS kerana UMNO telah gagal dan Kami melayu muda mahukan melayu dan islam yang kuat dan boleh bersaing dgn kaum lain bukan dihanyutkan oleh tahyul seperti AF dan LG stars di bawah UMNO.

    BalasPadam
  3. percaya la umno tidak akan perintah lagi malaysia dlm 5 tahun akan dtg. Insyaallah pilihan tepat adalah PAS kerana UMNO telah gagal dan Kami melayu muda mahukan melayu dan islam yang kuat dan boleh bersaing dgn kaum lain bukan dihanyutkan oleh tahyul seperti AF dan LG stars di bawah UMNO.

    BalasPadam
  4. TUAN/PUAN/CIK

    Blog ini telah di'link'kan ke blog saya bagi perkongsian maklumat. Harap tak keberatan. T kasih

    BalasPadam
  5. selamat berjuang demi kebaikan rakyat dan negara tercinta.

    BalasPadam

, , , ,