Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Februari 06, 2009

NIZAR "MOHON" DERHAKA?



Des tidak pandai berbahasa istana, tetapi masih lagi boleh memahami beberapa istilah yang digunakan setelah belajar juga sastera masa sekolah dulu.

Bila terdengar Dato Seri Nizar membuat kenyataan akhbar sebentar tadi di dalam berita, agak konfius jugak mendengar permohonan beliau. Antara sedutan yang dapat Des ingat ialah beliau "mohon" derhaka pada Paduka Sultan.

Kalau bahasa kampung hamba rakyat di bawah nie, maksud mudahnyer TAK MAU DENGOR KATA le gamaknya. DEGIL! INGKAR...agaknyer le...Macam mana nak "mohon" jadi derhaka? Eh, pelik bebenor, kalau kita terjemahkan dengan bahasa mudah, mungkin jadi begini,
"Saya nak mintak pada Tuanku untuk tidak mahu menurut perintah"...Isk! isk! isk! Tak baik gitu Dato Seri, turun je la, perintah Sultan nie, kalau di zaman Hang Tuah dulu mau kena sula bontot nih...adoi..ngerinyer..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,