PAS dan labu-labunya |
| |
MUNGKIN benar, terjunlah PAS dengan labu-labunya. Ini benar dan bukan tulisan yang berbentuk seloka untuk menjadikan bacaan menjadi ringan dan menghiburkan. Kalau mahu menghiburkan mungkin dalam majalah Mangga dan Hai. Apa yang sebenarnya yang mahu kita definisi PAS ialah idealisme yang di bawanya. Mereka mendakwa dan mendakwahkan Islam tetapi mereka juga mendoktrinkan agama sebagai dokumentasi manifestasi politik,tidak lebih dari itu. Mereka mendakwahkan Islam pada yang beragama Islam,menerima pakatan DAP sebagai rakan kongsi dan dalam masa yang sama menjadi minoriti dalam Pakatan Pembangkang. Ini bukan palsu. Ini benar dan inilah hakikat yang ada. PAS turut dan menuruti seperti mana dalam surat-surat kerajaan yang diakhiri dengan ayat “SAYA YANG MENURUT PERINTAH”. Begitulah nasib PAS dalam Pakatan Rakyat tetapi mahu tidak mahu tersepit untuk terus mengikuti PKR dan DAP. PAS sedar tetapi cuba berselindung dengan nada “everything is alright” dan ini meliputi agama Islam yang merupakan kunci perniagaan hari ini. Angan-angan PAS tidak senada dengan Pakatan Rakyat. PAS yang juga di kenali dengan parti jubah ini cuba berubah tetapi adakah mereka dapat merubah kedudukan sedangkan mereka sendiri melukut di tepian gantang. PAS hari tersepit antara legasi kemenangan PR dengan kedudukan mereka dalam percaturan politik Anwar. Ini hakikat dan hakikat ini perlu disedari oleh PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti ortodoks yang perlu ada untuk menjadi kayu penyokong dan kemudiannya setelah dapat berdiri kayu itu dibiarkan reput. Terlampau banyak insiden semada dalam PAS yang jelas menunjukkan mereka dan PKR dan Dap adalah hanya pemanas kerusi yang tidak mempunyai suara vokal dalam memperjuangkan idealisme perjuangan mereka. PAS harus memikirkan semula demi perjuangan Islam yang ramai ragu dan melabel sebagai ajaran sesat. Nasib PAS juga seakan-akan ditentukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar adalah dominasi kuasa dan hari ini semua yang lain hanya dianggap pemanas kerusi yang tidak akan menguntungkan PAS. Bukankah PAS tersasar jauh dengan kolaborasi dengan DAP? PAS harus sedar, mungkin telah sedar bahawa kehadiran mereka tidak mendatangkan impak secukupnya untuk memperjuangkan idealisme Islamnya. Mungkin PAS juga harus menubuhkan Islam kontemporari, keluar dari kepompong lama dan seakan gagal untuk melunaskan desakan khususnya mengenai Melayu. PAS perlu memikirkan semula- keadaan yang semakin tidak konsisten dan persekitaran yang tertutup buat PAS. Ahli PAS juga harus berani keluar dari kumpulan tertentu dan masuk kumpulan tertentu. Moralnya – PAS sepatutnya tidak lagi terbantut dengan nilai lama tetapi harus ada injeksi baru yang pasti menguntungkan mereka. Namun setakat hari ini,PAS jelas lenyap dengan keperluan menggugurkan perjuangan Islam untuk politik, maka terjunlah PAS dengan labu-labunya. Ehsan dari : malaysia hariini.com |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,