Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, April 27, 2017

1MDB: 'Duit kepada syarikat palsu pergi mana', soal Dr M

Aedi Asri
April 26, 2017

Bekas perdana menteri berkata kita rugi 2 kali, iaitu bayaran kepada syarikat palsu dan sekali lagi bayaran kepada syarikat tidak palsu.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik pengumuman penyelesaian pertikaian hutang antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPC).

Pengkritik lantang syarikat kerajaan tersebut berkata perjanjian antara 2 entiti itu tidak menyelesaikan masalah kerana 1MDB membayar hutangnya sebanyak 2 kali.

“Kena ingat, wang itu sudah disampaikan kepada (anak syarikat) IPIC (melalui anak syarikat) Aabar BVI, tetapi mereka kata itu bukan syarikat mereka.

“Nampaknya 1MDB bayar kepada syarikat palsu. Sekarang nak bayar sekali lagi kepada syarikat tidak palsu…Jadi kita rugi 2 kali,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.

Namun Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini berkata Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI) sememangnya anak syarikat IPIC yang sah, yang dinafikan syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu.

Menurut Malaysiakini, beliau berkata ia berdasarkan rekod yang diberikan 1MDB kepada PAC sebelum ini, dan disahkan oleh Pendaftar Hal Ehwal Korporat British Virgin Islands bertarikh 11 Ogos 2016.

Minggu ini, IPIC dan 1MDB mengumumkan mereka sudah menyelesaikan pertikaian hutang tersebut, melalui persetujuan yang menyatakan 1MDB akan membayar AS1.2 bilion (RM5.25 bilion) kepada IPIC.

Dalam persetujuan itu, yang dilaporkan kepada Bursa Saham London, 1MDB akan membayar AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran pada Julai dan Disember kepada IPIC, selepas pertikaian antara 2 syarikat itu di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.

1MDB juga akan bertanggungjawab terhadap semua pembayaran faedah pada masa akan datang dan pembayaran prinsipal bagi 2 bon terbitan syarikat-syarikat Kumpulan 1MDB Group yang bernilai AS$3.5 bilion, yang berakhir pada 2022.

Perjanjian itu sebelum ini dikritik Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR Wong Chen.

Mahathir menegaskan isu utama adalah ke mana sebenarnya wang yang dahulunya dikatakan dibayar kepada IPIC.

“Duit kepada syarikat palsu ini pergi mana, siapa yang dapat? Ini masalahnya.”

1 ulasan:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    BalasPadam

, , , ,