KUALA LUMPUR, 25 Februari: UMNO tidak akan meletakkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chempaka yang dijadualkan pada 22 Mac ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar pendapat daripada Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Menurut Najib, terdapat pelbagai faktor kukuh yang memerlukan lebih tumpuan seperti pemulihan banjir dan kerja-kerja kebajikan.
“Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini telah berbincang dan kita ambil keputusan UMNO tidak akan bertanding dalam PRK Chempaka.
“Kita memikirkan bahawa kita melihat kepada usaha-usaha perpaduan ummah walaupun ada perbezaan pendapat dan ideologi politik,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di PWTC di sini.
Jelas Najib, keputusan untuk tidak bertanding dalam PRK bukan perkara baru dan UMNO pernah melakukannya sebelum ini seperti di PRK Bukit Gelugor.
“PRK bukan suatu perkara yang semestinya kita akan lakukan.
“Bagaimanapun kita tidak menghalang sesiapa pun untuk bertanding termasuk calon bebas,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai PRK Permatang Pauh, Najib berkata UMNO masih menunggu tarikh pilihan raya yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kita tunggu ikut tafsiran perlembagaan.
“SPR akan menerima nasihat tafsiran tersebut dan SPR akan tentukan tarikh.
“Bila SPR tentukan tarikh, MT akan membuat keputusan kelak,” ujarnya.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/26/umno-tidak-tanding-prk-chempaka/#ixzz3So7QoU00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,