Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Julai 31, 2014

Sudah tiada persefahaman lagi dalam Pakatan Rakyat....?

Dr Zuhdi digesa mohon maaf, selamatkan reputasi PAS


KUALA LUMPUR, 30 JUL – Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mesti meminta maaf atas kandungan analisanya dan

menyelamatkan reputasi Pas yang membawa slogan ‘Pas for all’ atau ‘Pas untuk semua’.

Gesaan tersebut dibuat Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam kenyataan pagi tadi, sambil menekankan bahawa penjelasan Mohd Zuhdi ke atas kontroversi perbualan Whatsapp nya langsung tidak menyentuh isu isi kandungan analisa yang rasis dan ekstremis.

‘Analisa’ Zuhdi itu dilihat berbaur rasisme dan ekstremisme apabila menyifatkan hak warga bukan Islam dan bukan Melayu sekadar boleh dijentik dan disergah.

“Analisa Mohd Zuhdi jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis beliau di mana hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu dijentik dan disergah,” ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Menurut Tony, bukan soalnya sama ada kenyataan Mohd Zuhdi dalam WhatsApp itu adalah sulit, atau “senario”, atau pendirian peribadi.

“Isunya ialah Dr Mohd Zuhdi telah membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya,” jelas beliau.

Dalam perbualan yang tersebar di ambang Syawal itu, ‘analisa’ Mohd Zuhdi antara lain menyatakan, “DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”

Kata Tony lagi DAP berharap supaya PAS mengambil tindakan ke atas pemimpin-pemimpin yang berfikiran sempit seperti Dr Mohd Zuhdi supaya nama baik parti PAS yang berslogan “PAS for All” tidak terus tercemar. – Roketkini.com

Selasa, Julai 22, 2014

Ini sababnya Anwar letak jawatan penasihat ekonomi Selangor........


Agak dah lame juge Tok tak aktifkan blog Pejuang Tok Gajah46 ni. Sebeno nye Tok kurang sihat menjelang bulan pose ni dengan di bebani dengan tugas2 harian di ladang.

Ketike ni Tok peratikan keadaan politik di negeri Selangor ni semakin menjadi panas dengan berite pengguguran MB Tan Seri Khalid. Berite ni semakin jelas menunjuk kan bahawe Tan Seri Khalid pasti akan di gantikan dengan Datuk Seri Wan Azizah pule.

Make jelaslah mengape Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari memegang jawatan Penasihat Ekonomi negeri Selangor tu. Sebab nye isterinye memegang jawatan Menteri Besar. Kalu die tak berundur make nampak sesangat le macam negeri Selangor ni dah di perintah oleh suami isteri pule.

Setelah kite same2 melihat perkare ni berlaku, marilah kite same2 fikirkan dengan fikiran yang terbuke tentang beberape persoalan ini-

i. adekah tidak ade langsung anak jati negeri Selangor yang layak untuk mengantikan Datuk Tan Seri Khalid?

ii. mengape Anwar Ibrahim mahukan sesangat isteri nye menjadi MB Selangor?

iii. adekah lantikan Wan Azizah ni telah mendapat sokongan akar-umbi Pakatan Rakyat negeri Selangor?

Anwar letak jawatan penasihat ekonomi Selangor?

Spekulasi bertiup kencang bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berhenti sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas isterinya dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail naik sebagai menteri besar.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dijangka bakal dilantik menggantikan Anwar untuk jawatan itu.


Sementara dua lagi pemimpin yang setia kepada Anwar iaitu MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dikatakan akan menjadi penasihat Azizah.

Anwar telah memanggil semua wakil rakyat PKR untuk pertemuan Khas di ibu pejabat PKR malam ini.

Beliau dijangka meyakinkan hadirin untuk menyokong Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjadi MB selama enam tahun.

Wan Azizah dijangka memulakan tugas barunya selepas perayaan Aidilfitri sama ada hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Menurut sumber dalaman parti, Rafizi, Johari dan Saifuddin turut menyokong penuh langkah Kajang, yang dikatakan untuk menjatuhkan Khalid.

Anwar yang sepatutnya bertanding di pilihan raya kecil Kajang dan menjadi MB tidak dapat berbuat demikian apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau.

Ini memaksa Wan Azizah bertanding dalam PRK itu.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR.