Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Oktober 23, 2014

...mengape PAS minta Nurul Izzah bertaubat.......?

Dari sini punca nya......


Dewan Ulama PAS Seru Nurul Izzah Bertaubat


Jika sebelum ini Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang ramai yang menjayakan kempen kontroversi ‘saya mahu sentuh anjing’ yang berlangsung pada 19 Oktober lepas sebagai idea pelik oleh golongan yang tak berotak yang ada cuma ulat dalam kepala, kali ini giliran Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) pula menyuarakan bantahannya.

Dalam kenyataan rasminya, DUPP menyimpulkan penganjuran program seumpama itu sebagai sebahagian dari agenda halus untuk meliberalkan amalan syariat dan pemikiran umat Islam dan lebih menarik lagi turut menyeru kepada pihak yang terlibat termasuk pemimpin politik beragama Islam yang menyokong kempen itu supaya segera bertaubat.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan kempen menyentuh anjing adalah bercanggah dengan Syariat dan Akhlak Islam. Justeru semua pihak yang terlibat sama ada menganjurkannya atau menjadi peserta diseru kembali bertaubat kepada Allah.

Dewan Ulamak PAS Pusat juga menegaskan kepada pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran program seumpama itu agar bertaubat kepada Allah dan jangan dimulakan suatu ikutan yang tidak baik kepada masyarakat Islam,” demikian penegasan Dewan Ulama PAS Pusat.

Kenyataan rasmi bertarikh 21 Oktober 2014 itu disampaikan oleh Ketua Penerangannya Ustaz Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri dan hari ini sebahagian point utamanya turut disiarkan dalam liputan Utusan Online.

Nurul Izzah - I Want To Touch A Dog

Seruan supaya bertaubat itu walaupun tidak dinyatakan secara spesifik siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, mungkin untuk menjaga sensitiviti rakan sepakatan dalam PR atau yang berkaitan barangkali.

Namun bagi kebanyakan khalayak umum yang mengikuti isu ini ramai yang menjangkakan ia berkait rapat dengan sokongan terbuka anak perempuan Ketua Umum PKR terhadap penganjuran program tersebut.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Bt Anwar Ibrahim dalam laman twitternya dipetik sebagai berkata, “Islam juga adalah tentang kasih sayang. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang hadir”.

Kenyataan itu difahami umum sebagai manifestasi sokongan Nurul Izzah terhadap kempen tersebut. Dan sokongan itu nampak lebih jelas bila dikaitkan pula dengan kenyataan bersifat promosi oleh Nurul Izzah juga melalui satu lagi tulisannya di twitter sehari sebelum kempen berlangsung.

Penganjur program, Syed Azmi turut berkongsi rasa seronok dan bangga dengan sokongan Nurul Izzah dan dari gaya bahasa yang digunakan di laman sosial facebooknya seperti menceritakan Nurul Izzah pada awalnya ingin turut serta memeriahkan program tersebut namun dibatalkan kemudiannya kerana ada urusan lain di Johor.

Selepas kempen ini menjadi kontroversi besar-besaran sehingga mengundang kritikan ramai pihak termasuk diseru bertaubat oleh Dewan Ulama PAS Pusat, belum dapat dipastikan apa respon Naib Presiden PKR itu mengenainya. Persoalannya, sanggupkah Nurul Izzah menyahut seruan?

 - sumber MYKMU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,