Facebook Atuk Banjar Masin

Sabtu, September 27, 2014

Pergolakan politik Selangor akan berterusan?

PAS S'gor nafi bersetuju pengurangan kuota exco

Majlis angkat sumpah anggota Exco baru kerajaan negeri Selangor hari ini telah gagal menamatkan pertikaian politik Selangor.

Walaupun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pengurangan kuota exco PAS - daripada empat kepada tiga orang - adalah satu "pengorbanan" yang perlu dilakukannya, tetapi PAS Selangor kini berkata parti itu tidak pernah bersetuju.

Ini bercanggah dengan dakwaan Menteri Besar Azmin Ali bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Mustafa sendiri telah memberikan persetujuan berhubung penyusunan barisan exco baru.
Pade perhatian tok, PAS ni tak ubah seperti 'lebai malang', dah le di Pengkalan Kubur kalah teruk di Selangor pule dah kehilangan satu jawatan EXCO pule. 

Banyak pehak membuat andaian bahawe kekalahan teruk PAS di Pengkalan Kubur ni ade kaitan nye dengan pergolakan Pakatan Rakyat Selangor. Tambah malang lagi bagi PAS apebile tiade seorang pun pemimpin tertinggi dari PKR mau pun DAP yang datang membantu calon PAS di Pengkalan Kubur.

Kini rakyat sudah hilang kepercayaan nye terhadap Pakatan Rakyat dan parti2 komponen nye PAS, PKR dan DAP. Pergolakan politik di Selangor telah banyak memberi kesedaran kepade rakyat bahawe PR tidak mampu mentadbirkan negare ini.

Sekarang Selangor sudah mempunyai Menteri Besar yang baru. Sudah mule pule terbayang satu lagi episod 'peperangan' bakal berlaku tidak lame lagi. Walaupun pemimpin2  atasan PAS nammpak nye bersetuju dengan pengurangan jawatan EXCO, tapi banyak pehak di akar umbi tidak bersetuju.

Hanye pemimpin2 atasan PAS sahaje yang sanggup di perbodohkan oleh PKR dan DAP. Ahli2 dan penyokong2 PAS di akar umbi tetap marah dan rase terhine oleh perbuatan PKR yang tamak dan tidak jujur itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,