Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, Ogos 26, 2014

Sekarang Tok dah boleh bayangkan ape maksud Baginda Sultan mahukan lebih dari dua nama calun bagi Menteri Besar yang baru.

Khalid mohon letak jawatan, Sultan titah Pakatan kemuka nama


"SHAH ALAM 26 OGOS: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguh menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, sehingga penggantinya ditentukan.

Menurut kenyataan Setiausaha Sulit kepada Sultan, Khalid hari ini menghadap baginda bagi memohon perkenan untuk meletakkan jawatan.
Khalid menghadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan meletakkan jawatan. (Gambar Malaysiakini)

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah mengambil maklum perkara tersebut dan baginda menangguhkan penerimaan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru ditetapkan.

“Ini untuk mempastikan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor berjalan dengan lancar dan teratur,” jelas kenyataan Datuk Mohamad Munir Bani.

Sehubungan itu, kata Munir, Sultan telah menitahkan agar KEADILAN, Pas dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baru.........."

Tok peratikan care pemimpin2 Pakatan Rakyat ni berfikir sangat tajam, terutame nye pemimpin2 dari PAS. PAS dah awal2 lagi bercadang untuk kemukekan due name iaitu Wan Azizah dan Azmin. Malang nye cadangan PAS ni tidak di persetujui oleh PKR.

Tok pun hairan juge kenape PKR hanye mahu kemuke kan satu name sahaje iaitu Wan Azizah sahaje. Wan Azizah ni semue orang dah pun tahu bahawe die ni isteri kepade Anwar Ibrahim. Pade pendapat Tok ianye tak salah ape2 pun sebab nye Wan Azizah ni memang layak untuk menyandang jawatan Menteri Besar tu.

Kini Baginda Sultan bertitah mahukan dikemuka kan lebih dari due name calun untk jawatan MB tu. Nampak nye PKR dah jadi alah malu dengan PAS, sebab cara PAS buat tu dah memang betul tepat care nye. Sekarang mau tak mau terpakse lah kene kemukekan lebih dari due nama calun.

Agak nye setakat ni saje cukup lah Tok buat ulasan. Mari lah kite same tunggu apekah kesah selanjut nye.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,