"Pakatan tetap kemuka 1 nama calon MB: Wan Azizah
(Oleh Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 26 OGOS: Pakatan Rakyat tetap akan mengemukakan satu sahaja nama yang akan dipersembah kepada Sultan Selangor sebagai
calon Menteri Besar.
Demikian penegasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya berhubung keputusan KEADILAN dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama sahaja calon Menteri Besar Selangor walaupun Sultan Selangor menitahkan setiap parti mencalonkan lebih dua
nama.
Anwar berkata, penetapan itu berdasarkan sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor secara Akuan Bersumpah yang
diperolehi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ini.
Malah kata Anwar lagi, keputusan itu adalah hasil sebulat suara PAS dan DAP untuk mencalonkan nama Wan Azizah sebagai satu-satunya calon tunggal bagi jawatan tersebut.........."
Tok pun pelik juge dengan perangai DAP dan PKR ni yang hanye mahu kemukekan satu sahaje name pencalonan bagi mengantikan jawatan Menteri Besar Selangor. Sedangkan Baginda Sultan Selangor bertitah supaye di kemukekan lebih dari due nama calon.
Ape salah nye jike dituruti kehendak Baginda Sultan tu? Berilah peluang Baginda untuk memilih ikut citerase rakyat2 nye supaye ianye nampak lebih adil. Susah sangat ke nak menuruti perintah Baginda tu? Atau pun dah tak ade lain2 calon lagi yang layak dalam Pakatan Rakyat tu?
Tok rasekan ade susuatu yang tak kene atau pun ade sesuatu muslihat yang tersembunyi kenape DAP dan PKR ber sungguh2 sangat mahukan isteri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor tu.
Bukan saje Tok seorang yang berase curige tentang perkari ni, malahan seluruh rakyat Malaysia juge berase curiga tentang perkare ni. Tambah2 lagi bagi rakyat negeri Selangor tu.
Tok yakin kekecuhan yang berlaku di Selangor ni tidak mungkin akan berakhir dengan begitu mudah kerane terdapat ramai yang masih tidak puas hati dengan cara perbuatan pemimpin2 Pakatan Rakyat di Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,