Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, April 10, 2014

Anwar : Hudud tak ada tempat dalam dasar Pakatan.........

Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.


Semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.

Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.

Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.

"Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," katanya.

Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.

Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual hari ini (Rabu).


Anwar menegaskan bahawa, sepertimana perasaan orang Cina
berhubung kenyataan mengenai Islam, masyarakat Melayu-Islam juga bimbang dengan komen-komen yang dibuat oleh beberapa pemimpin muda DAP.

Anwar juga menyentuh tentang kenyataan yang disensasikan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang Pakatan akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika gabungan itu memerintah.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pemimpin gabungan itu supaya membuat pembetulan bahawa Pakatan tidak akan mengganggu penjawat awam, kerana mereka (penjawat awam) bimbang mungkin diberhenti dan menganggur jika Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,