Facebook Atuk Banjar Masin

Ahad, Januari 08, 2012

Sebatang lagi gigi PAS tercabut



Kuala Lumpur, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.



Tok dah agak dah, YB Dato' Dr Hasan ni memang 'cari pasal' untuk di pecah. Kan ke sekarang dah di pecah, itu lah yang sebenarnya kemahuan Dato' ni. Dengan terpecat nya Dato' ni maka tercabut lah sebatang gigi PAS. 

Sebenar nya ada banyak lagi gigi2 PAS yang dah goyang, berlubang dan berulat tunggu masa di cabut. Selama ini PAS sedang menderita yang amat sangat kerana kesalitan gigi ni. Pada mula nya tak nak cabut, tapi oleh kerana tidak tertahan lagi kesakitan nya, akhir nya dengan perasaan dukacita terpaksa di cabut juga.

Mungkin tak lama lagi PAS hanya tinggal dua batang gigi taring yang dah goyang2 juga. Gigi taring ni dah goyang2 kerana sudah 'tamat tempoh' dah sampai masa nya untuk tercabut  dan tertanggal mengikut hukum alam.

Tok rasa, PAS ni akan jadi macam PKR juga, bezanya PKR semakin ramai yang lompat keluar parti, Tapi PAS berbeza sikit - semakin ramai yang kena PECAT.  Tok pernah kata bahawa ramai penyokong2 dan termasuk juga pemimpin2 nya yang anti DAP. Mereka memang tak setuju PAS bersengkokol dengan DAP.

Kita sama2 tunggu aje bila tiba PRU13 nanti, pasti parti tuan guru ni terkubur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,