Facebook pejuang tokgajah46

Jumaat, Disember 09, 2011

NFC boleh selesai jika Shahrizat berundur?

NFC boleh dikatakan satu tragedi UMNO yang rumit untuk di selesaikan. Pokok pangkalnya buka kerana 'kegagalan' projek itu, tetapi ianya lebih condong kepada persoalan mengapa ianya milik suami Shahrizat. Jika projek ini di miliki oleh syarikat yang tiada kaitan dengan mana2 menteri, maka ianya tidak sesensai sebegini rupa.

Tuduhan berat dari pembangkang yang akan jadi modal besar kempen mereka ialah ujud rangkaian pertalian pehak2 yang meleluskan projek ini kepada suami Shahrizat. Ianya bermula dengan mantan PM, menteri kewangan, menteri pertanian dan lain2 lagi. Semua pehak yang berkaitan ini mesti di bersihkan dahulu sebelum apa2 tindakan di ambil terhadap Shahrizat.

Jika Shahrizat di ambil 'tindakan' bermakna UMNO sudah mengaku bersalah. Jika perkara ini dinafikan tanpa sebarang alasan yang kukuh dan logik UMNO akan menerima padah. Paling2 buruk jika perkara ini terus di diamkan sahaja dan tunggu sehingga ianya sejuk dan terus membeku.

Langkan kurang bijak menteri2 yang berkenaan meluluskan projek ini kepada suami Shahrizat yang telah menyebabkan ledakan 'time-bomb' yang menimpa UMNO. Semua menteri2 yang berkenaan harus bertanggung jawab dan bukan nya Shahrizat seorang sahaja.