Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Disember 22, 2011

DI TELAN MATI BINI, DI LUAH MATI ANAK ~~~~~~~~~~~~~~

Dato Hasan Ali terus menyerang PAS melalui media pro kerajaan. Walaupun beliau di pehak pembangkang beliau mendapat peluang mempromosikan diri nya melaluai media yang pro kerajaan. Tidak disangkal lagi tentang kehebatan semangat beliau untuk membela nasib melayu/Islam.

Dato Hasan menyedari bahawa perjuangan Pas tentang Islam sudah jadi samar2 dan semakin pudar. Tidak ada lagi agenda perjuangan Islam dalam PAS. Beliau telah memberi massage yang jelas kepada pemimpin2 PAS tentang ketidak sesuaian nya lagi berada dalam PAS.

Sikap Dato Mahfuz yang mengkritik beliau telah memburukan lagi keadaan krisis yang melanda PAS. Sebenarnya pintu perbincangan antara pemimpin2 PAS dan Dato Hasan sudah lama tertutup rapat. Dato Hasan memang sudah bersedia dan nekad untuk di jatuhkan hukuman 'buang' seumur hidup dari PAS. 

Malang nya, tiada sesiapa pun di antara pemimpin2 atasan PAS yang berani mengambil tindakan yang drastik terhadap Dato Hasan. Beliau akan terus menjadi duri dalam daging PAS. Di telan mati bini, di buang mati anak. Itulah pepatah yang paling sesuai kita berikan kepada PAS.

1 ulasan:

  1. Itulah yang dikatakan kebesaran Allah, tiada siapa menduga, orang Pas sendiri, telah membuka pekong parti mereka, pengajaran yang dapat kita ambil, dari kekalutan yang berlaku didalam Parti Pas ini, biar kita bersederhana didalam setiap perkara, jangan kita mudah menggadai prinsip perjuangan Islam & Melayu hanya untuk berkuasa bersama sang kafir, nanti jadi,seperti kata pepatah Melayu, menang sorak, kampong tergadai.

    BalasPadam

, , , ,