Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, September 17, 2009

Penyokong Pakatan Rakyat Kurang Ajar!

Inilah bukti Penyokong PR Kurang Ajar!

Haramjadah punya penyokong PR, dalam bulan baik ni pun sanggup buat kerja kotor. Penyokong PR memang jahat dan busuk hati. Kalau benar2 berani cuba lah simbah kan pada orang nya sendiri, mengapa cuma berani pada gambar?

PR akan membinasakan negara jika ianya berkuasa, kebanyakan pemimpin2 nya pendek akal dan berfikiran sempit hinggakan sanggup melaku kan kerja yang tidak bermoral ini. Mereka berasa gembira dan puas hati melakukan kerja bodoh ini.

Perbuatan ini juga adalah satu penghinaan kepada baginda Sultan Perak yang telah melantik Menteri Besar yang sah ini.

Kami rakyat negeri Perak yang setia kepada Raja dan pemerintah mengutuk se keras2 nya perbuatan jahat PR ini

Isnin, September 14, 2009

MIC - Bas cabuk tanpa penumpang.

President MIC

Hari ini MIC tak ubah sebuah bas buruk yang dipandu oleh seorang pemandu tua. Bas buruk ini sebenar nya sudah tiada berpenumpang lagi.

Pada PRU12 yang lepas semua calun dari MIC tewas, sama ada DUN atau pun parlimen. Hampir semua kaum india enggan mengundi calun2 MIC. Satu lagi bukti yang paling nyata ialah di Bukit Selambau, calun MIC kalah teruk di PRK Bukit Selambau.

Punca utama kekalahan MIC ini sebenarnya kerana kaum india sudah hilang kepercayaan nya terhadap pimpinan Samy Velu. Sebenarnya selagi Samy Velu masih lagi menerajui MIC, kaum india tidak akan menyokong MIC/BN.

Samy Velu jangan mendabik dada kerana ramai sokongan dalam dewan perwakilan, sedangkan ribuan penyokong dari kaum india sudah lari dari MIC dan menyokong DAP dan PKR. Lagi nyaring Samy melaung lagi makin ramai kaum india lari tinggalkan MIC.


Jumaat, September 11, 2009

UMNO sudah pulih?


Sekali lagi UMNO diuji sama ada sudah pulih atau tidak. BN/UMNO cuma menang satu DUN sahaja dalam beberapa siri PRK yang diadakan selepas PRU12.

BN/UMNO cuma menang satu kerusi di Batang Ai, Sarawak. Di Semenanjung BN/UMNO telah kalah semua kerusi yang di tandingi nya dalam PRK baru2 ini. Kini BN/UMNO akan diuji sekali lagi di Bagan Pinang N9. Ujian ini sangat penting bagi BN/UMNO, kerana ujian kali ini di adakan di dalam tembuk kubu BN/UMNO sendiri.

BN/UMNO sangat perlu menang kali ini, ini lah maruah BN/UMNO. Jika tewas juga BN/UMNO perlu buat sesuatu yang pernah dibuat satu masa dulu - BUBAR KAN UMNO.

UMNO perlu di struktur dan dibaik-pulih semula secara total. UMNO kena gugurkan SEMUA ahli dan pemimpin2 nya yang ada 'masalah', walaupun sedikit. Sebagai contoh - ketua pemuda UMNO, beliau seharusnya mesti tidak lagi berada dalam UMNO. Ada ramai lagi pemimpin2 dan ahli2 UMNO yang bermasalah.

Di bahagian akar-umbi UMNO pun bermasalah juga, hampir semua ketua2 cawangan dan bahagian 'kelabu asab'. Ini berlaku kerana ketua bahagian negeri pun kelabu asab juga, 'bapa borek anak rintek'. Ini lah masalah besar yang mungkin terlalu sukar di tangani.

Rakyat sentiasa memerhati dan menilai segala aspek tengkah laku pemimpin2 UMNO ini. Akhirnya kebencian yang sangat mendalam timbul terhadap UMNO.

Acara2 seperti janji2 pembangunan atau pemberian dan anugrah untuk meraih simpati dari rakyat yang telah menolak UMNO tidak lagi berkesan.

Selagi UMNO tidak berbuat sesuatu yang drastik, maka UMNO akan menemui ajal nya pada PRU13 nanti.

Selasa, September 08, 2009

Sekali lagi melayu/Islam 'berperang' sebab kepala lembu pula.



Sekali lagi kita menyaksikan 'perperangan saudara' melayu/Islam cuma disebabkan sebiji kepala lembu.

Kepada yang memulakan episod ini tentu ada sebab musabab yang tertentu, mungkin kerana membuat protest terhadap pembenaan kuil yang sangat berhampiran dengan penduduk masyarakan Islam. Sedangkan penduduk hindu nya boleh dibilang dengan jari. Soalnya, mengapa tidak dibena di tempat penduduk majoriti kaum hindu?

Yang sangat menghairankan mengapa ada pula kaum melayu/islam yang membela dan mempertahankan supaya kuil itu di bena disitu juga, tak perlu dipindahkan ketempat lain.

Sebenarnya, semua ini berlaku kerana "POLITIK". Sekarang kita sudah nampak siapa yang untung dan siapa yang rugi. Melayu/Islam bersengketa sesama sendiri, kaum kafir yang mengaut keuntungan.