

Hasrat DAP berkuasa sepenuh nya untuk memerintah akhirnya tercapai juga. Walaupun hanya sebuah negeri, iaitu P Pinang. Cita2 mereka ini termakbul dengan pertolongan PAS dan PKR. Sangat besar nilai jasa budi PAS dan PKR ini terhadap negara kerana telah menyerahkan P Pinang kepada DAP.
Kepada rakyat keturunan melayu/islam, cuba anda perhatikan carta pemerintahan semasa BN/UMNO memerintah dahulu dan DAP sekarang. Sangat jauh berbeza. Dalam EXCO pemerintahan ini sudah mengambarkan melayu/Islam sudah terpinggir.
Sepatutnya seorang EXCO agama Islam patut dilantik dari wakli PAS. Walaupun PAS ada seorang ADUN tetapi DAP tidak mahu melantik wakil Islam itu.
Ada penyokong PKR yang berfikiran dangkal mengatakan, PAS sudah di berikan jawatan MB di Perak, maka adli lah jika tidak dilantik EXCO, lagi pun PAS cuma ada seorang ADUN sahaja.
Kita akan saksikan dalam masa 5 tahun DAP memerintah P Pinang ini akan bertukar menjadi "Cina City". Orang melayu P Pinang akan menjadi sama seperti melayu Singapura, hidup senang selesa sekadar ada tempat tinggal dan makan minum sahaja, tetapi hilang kuasa memerintah.
PAS berasa sangat bangga P Pinang dapat di rampas oleh DAP dari kerajaan BN/UMNO. Dendam pirasat PAS termakbul dan negeri tergadai hingga keakhir hayat - seperti negara Israel didalam negara Arab.
Di N12 Penanti, melayu/Islam harus bangun bertindak. Tunjuk kan bahawa melayu/Islam juga ada kekuatan nya di P Pinang. Jangan boleh dipermain kan sesuka hati oleh DAP, PAS dan PKR. Bukti kan kuasa melayu/Islam di N12 Penanti.


