Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, Oktober 07, 2014

Flash-back. - posting 16 Disember 2009

Apa yang telah berlaku di Perak tidak lama lagi akan berlaku di Selangor pula.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor cuma menunggu saat sahaja akan tumbang. Talian hayat PR Selangor bergantung kepada PAS, sedangkan PAS Selangor sedang dilanda masalah besar.

Masalah besar PAS Selangor ialah berkaitan dengan Dato Hasan Ali. Bukan sahaja PAS tetapi DAP dan PKR  mengangap DHA sebagai 'duri dalam daging' dalam PR Selangor. Proses mencabut 'duri' ini sedang rancak dijalankan.

Persoalan nya, mungkin kah PR Selangor terselamat nyawanya jika 'duri' ini telah selamat tercabut? Yang pasti PR Selangor akan mati bongkang jika 'duri' ini tercabut. 8 ADUN PAS akan keluar dari PR sebagai ahli bebas dan berkemungkinan besar lebih ramai dari PKR akan keluar ikut bersama PAS.

Sepatutnya PAS telah lama tinggalkan PR Selangor, PAS berada dalam PR ibarat lemukut sahaja. PAS cuma mengikut dan menurut perintah dan kehendak DAP dan PKR sahaja. Segala perancangan PAS yang menitik-beratkan hal2 Islam akan ditentang dan ditolak mentah2 oleh DAP dan PKR. Apakah sumbangan PAS terhadap kaum melayu/Islam semasa berada dalam PR?

PAS Selangor akan ditolak oleh melayu/Islam pada PRU13 akan datang jika ianya terus berada dalam PR. Kedudukan PAS Selangor akan lebih cerah jika keluar PR dan menyokong kerajaan BN.

1 ulasan:

  1. Bro, PAS terlalu bijak dengan sumpah Bai'ah mereka...... ini yang menjadi tiang kekukihan buat sementara waktu..... lihatlah akan keranapan khawarij ini......

    BalasPadam

, , , ,