Facebook Atuk Banjar Masin

Rabu, Jun 10, 2009

DAP@PAS@PKR

Kebijaksanaan cina berpolitik memberi kesan kebaikan dan keuntungan kepada mereka, sebalik nya telah memberi banyak keburukkan dan kerugian besar kepada kaum melayu/Islam.

Seperti kata2 Mat Sabu: "Setiap kali PRU diadakan, kaum cina bersatu, mereka menyokong satu parti sama ada MCA, Gerakan atau DAP."
Pada PRU12 yang lepas, mereka bersatu menyokong DAP. Mereka menjadi kuat jika berada dalam satu parti.

Malangnya, kaum melayu/Islam pula berpecah bila menghadap PRU, ada yang sokong PAS dan PKR. Paling malang lagi bila PAS dan PKR pula menyokong dan menambah kuatkan ladi kedudukan DAP.

Sekarang mereka sudah dapat berkuasa secara total di P Pinang. Walaupun PAS ada satu kerusi DUN, tetapi PAS tercampak seperti sampah hanyut. Kerana DAP sudah cukup kuat - bantuan PAS tidak diperlukan.

Di Negeri Perak, oleh kerana DAP tidak cukup kekuatan untuk memerintah secara total, maka PAS terpaksa mereka persetujui dilantik Menteri Besar. Sedangkan pada mula nya mereka berkeras tidak mahu PAS dilantik MB Perak. Baginda Sultan lah pada akhirnya memberi kata putus bahawa PAS mesti dilantik sebagai MB Perak.

DAP memang ada menyimpan niat buruk terhadap melayu/Islam. President nya sendiri telah berkata: "Langkah mayatnya dahulu kalau mana2 pehak mahu jadikan Malaysia Negara Islam". Adakah pemimpin2 PAS buta dan tuli?

Ini baru berkuasa memerintah sebuah dua negeri, kalau sampai memerintah negara, fikirkan apa akan jadi kepada kita?


Pada hakikatnya PAS tidak pernah mendapat sokongan padu oleh kaum melayu seperti sokongan melayu yang padu terhadap UMNO.

Pemimpin PAS sendiri mengetahui bahawa PAS cuma boleh laku di Kelantan sahaja. Senario di Kedah sama dengan yang pernah berlaku di Terengganu semasa Wan Mokhtar MB Terengganu. Oleh kerana rakyat Terengganu bosan dengan pimpinan Wan Mokhtar, maka mereka membuat undi protest jatuhkan nya. PAS menang , cuma untuk satu penggal sahaja. Hingga ke hari ini PAS gagal menawan kembali Terengganu dari UMNO.

Di negeri Kedah pula, kemenangan PAS se mata2 kerana pergolakan dalaman UMNO. UMNO mahu Tun AAB berundur. Sekarang Tun AAB sudah berundur - orang melayu Kedah akan kembali menyokong UMNO.

Di negeri2 lain, PAS memang tidak mendapat sokongan melayu. Kemenangan lima atau enam kerusi oleh PAS pada PRU12 yang lepas cuma dengan sokongan DAP sahaja. Di Sabah dan Sarawak, PAS langsung tidak diterima oleh semua kaum.

Pemimpin2 PAS bukan tolol, mereka bijak laksana belaka, mereka sudah sedia maklum tahu mengapa DAP sanggup membantu PAS. DAP memang ada agenda buruk yang tersembunyi. Akan tetapi pemimpin2 PAS sanggup mengkhianati agama dan bangsa kerana terlalu ingin berkuasa.

Orang2 melayu/Islam yang sedar akan niat buruk PAS ini harus menolak PAS. Membantu PAS sama juga membantu DAP.

2 ulasan:

  1. " Pemimpin2 PAS bukan tolol, mereka bijak laksana belaka "

    PEMBETULAN :

    " Pemimpin2 PAS tolol, mereka bodoh belaka "

    BalasPadam
  2. salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

    harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

    p/s: hadi+anwar+najib = satu tuan

    BalasPadam

, , , ,