Facebook pejuang tokgajah46

Isnin, April 13, 2009

UMNO masih TIDAK BERUBAH


YAB DS Najib Tun Razak


Setelah terlantik Perdana Menteri Malaysia yang baru ia itu YAB DS Najib Tun Razak, diharafkan UMNO akan segera pulih semula.
Pada dua PRK yang lalu di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai telah memberi sedikit gambaran tentang sokongan rakyat terhadap pimpinan kerajaan yang baharu ini.

Nampak nya keadaan masih tidak berubah, apa yang berlaku pada PRU12 yang lepas masih lagi berulang, tidak ada tanda2 perubahan. Sokongan kaum bukan melayu terhadap UMNO masih lagi tidak berubah, kaum cina dan india terus memberi sokongan terhadap parti lawan iaitu DAP, PAS dan PKR.

Tugas paling berat bagi UMNO ialah untuk mengembalikan sokongan kaum cina dan india terhadap BN. Mampukah president MCA, MIC, Gerakan dan PPP meraih kembali sokongan dari kaum cina dan india? Jika mereka gagal, UMNO juga akan menghadapi kegagalan untuk memerintah selepas PRU13 nanti. Masa sudah semakin suntuk, kita cuma ada lebih kurang 4 tahun sahaja untuk bertindak.

Sehingga hari ini masih lagi tidak ada nampak sebarang usaha kearah menyatukan kaum ini kembali menyokong BN. Dengan cara mengadakan lawatan, perjumpaan dan jamuan tidak akan memberi apa2 kesan.

UMNO kena ikut strategi PAS, ada kan ceramah setiap masa. Ceramah2 PAS telah banyak memberi kesan positif terhadap parti PAS. Pada satu ketika dahulu dalam tahun 60 han atau 70 han, jika 10 calun parti PAS bertanding PRU, 8 atau 9 calun nya akan hilang wang pertaruhan nya. Tetapi hari ini, tidak ada calun dari PAS yang hilang wang pertaruhan nya.

BN jangan berasa teruja kerana kemenangan di Batang Ai. Sebenarnya, Batang Ai telah memberi isharat atau amaran merbahaya kepada BN. PRK baru kali PERTAMA meletak kan calun nya dan meraih lebih 2000 undi dan TIDAK hilang wang pertaruhan nya. Ini menandakan PKR sudah mula mendapat perhatian dikalangan rakyat Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya UMNO sedang menghadapi tugas yang paling berat, bukan perkara mudah untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong UMNO yang bermasalah - ketua pemuda yang dikatakan rasuah dan menang dalam PAU, ketua menteri yang didapati bersalah kerana rasuah masih memegang jawatan. Walaupun ia nampak perkara kecil, tetapi pada mata dan hati rakyat ianya tetap menjadi isu yang dapat memburuk kan image UMNO. UMNO masih lagi merestui RASUAH.