Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Februari 05, 2016

Bashah perlu segera pulihkan BN dan UMNO Kedah - veteran

Sebagai orang lama dalam arena politik Kedah, Ahmad Bashah diharap dapat menakhodai Umno/BN dalam pelayaran yang bergelombang menuju pantai PRU14. Foto TRP/ Adib Hakim
KUALA LUMPUR, 5 Februari:

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah perlu segera memulihkan keadaan Barisan Nasional (BN) di Kedah, sebaik selesai krisis Menteri Besar di negeri itu ekoran tindakan ketua Umno Bahagian yang menuntut Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan tersebut.

Tan Sri Abdul Aziz Rahman, yang mengetuai Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berkata, baki dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) seharusnya digunakan bagi memantapkan kembali perpaduan antara mereka untuk memastikan BN terus kekal menguasai negeri itu.

“Jadi keadaan politik di negeri Kedah itu sendiri merupakan satu aset besar kepada BN kerana PRU14 sudah tidak lama lagi, jadi ia memerlukan masa untuk memantapkan, merapatkan semula barisan

“Memang ada tergurisnya perasaan-perasaan orang yang menyokong Mukhriz yang selama ini menunjukkan cara kepimpinan remaja dia,” kata Presiden Mubarak itu kepada The Rakyat Post.


“Masa yang diluangkan untuk merapatkan barisan itu wujud, jadi kena guna masa sebaik mungkin untuk merapatkan jurang itu.”

Beliau berkata, tempoh dua tahun itu juga begitu singkat untuk Ahmad Bashah yang baru diangkat menjadi Menteri Besar menggantikan Mukhriz yang melepaskan jawatan itu pada Rabu.

“Dua tahun ini tidak lama, tetapi cukup untuk mereka berusaha untuk merapatkan kepimpinan dan juga pengikut-pengikut untuk BN akan kekal pada PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata, lebih cepat isu itu diselesaikan lebih baik kerana ia bakal memberikan harapan kepada rakyat Kedah.

“Pertukaran telah dibuat selepas beberapa hari perundingan berlaku, jadi ini penting sebab lebih cepat benda ini diselesaikan lebih baik, kerana ianya memberi harapan kepada rakyat untuk satu lagi pentafsiran yang boleh menumpu membawa pembangunan negeri Kedah itu sendiri

“Ini perkara biasa, sudah berlaku di Terengganu dan beberapa tempat beberapa kali, di Kedah itu sudah berlaku,” katanya.

“Di dalam politik ini satu kebiasaan, saya percaya ianya boleh diuruskan.

“Dan terbukti akhirnya selesai, pada mulanya ia mengambil masa dan berakhir dengan baik. Pada saya itu sudah cukup baik,” tambahnya.

Sementara itu, Setiausaha Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata, beliau mengharapkan Bashah mampu menyatu padukan kembali Umno Kedah yang retak susulan krisis tersebut.

“Veteran berharap sebagai orang lama dalam arena politik Kedah, beliau akan berjaya menakhodai Umno/BN dalam pelayaran yang bergelombang menuju pantai PRU14.

“Semoga beliau berjaya menyatukan Umno. Yang retak dipeterikan, yang putus disambungkan dan yang pecah disatukan,” katanya.

Beliau berkata, Mukhriz berjaya menunjukkan sikap mementingkan rakyat dan parti daripada terus berada dalam suasana tidak menentu yang boleh menjadikan kerajaan negeri menjadi lumpuh ketika krisis tersebut berlaku.

“Veteran yakin Mukhriz berjiwa besar dan beliau boleh menerima ketentuan Allah dengan berlapang dada,” katanya.

Malah, beliau turut melihat, sebagai pemimpin muda, Mukhriz masih mempunyai peluang untuk kembali ke dalam arus perdana politik sekiranya beliau tidak melatah dan tahu mengimbangi percaturan dan silat politik.

“Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran yang amat berharga kepada Mukhriz,” katanya.

“Veteran yakin, dengan kerjasama, dan sokongan kuat dari mereka, Umno Kedah akan bekerja sebagai satu pasukan yang kuat bagi mempastikan Kedah kekal dikuasai Umno/BN dalam PRU14 nanti,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/02/05/bashah-perlu-segera-pulihkan-bn-dan-umno-kedah-veteran/#ixzz3zFT3d33E

Larangan berceramah: Hussain sedia bagi penjelasan

ASYRAF MUHAMMAD
Gambar Hiasan
SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Hussain Yee bersedia untuk memberikan sebarang penjelasan kepada Kerajaan Negeri Johor sekiranya diberi peluang bagi merungkai segala kekeliruan yang timbul berhubung isu larangan berceramah di negeri berkenaan.

Menurut Hussain, sebelum larangan berkenaan dikeluarkan, dia tidak dimaklumkan serta mengadakan sebarang perbincangan dengannya terlebih dahulu bagi memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

Oleh sebab demikian, beliau berharap agar Kerajaan Negeri Johor dapat memberikan ruang buat dirinya untuk mengadakan perbincangan disamping menjelaskan isu yang berlaku tersebut secara lebih terperinci bagi menggelakkan kekeliruan timbul khususnya dikalangan masyarakat bukan islam.

“Kita lihat agama Islam ini begitu cantik dan kalau ada masalah dari segi perbezaan pendapat dan maklumat, Islam telah mengajar kita untuk selesai masalah mengikut panduan ditetapkan dalam agama.

“ALLAH juga ada berfirman di mana apabila kamu berselisih serta berbeza pendapat dalam apa jua masalah, makan hendaklah kamu kembali kepada al-Quran dan sunnah Nabi untuk cari penyelesaian,” katanya.

Buat masa ini, Hussain memaklumkan bahawa beliau masih belum dipanggil oleh kerajaan negeri Johor untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai isu tersebut

Walaupun sudah hampir 35 tahun bergiat aktif dalam bidang dakwah, Hussain memaklumkan bahawa ini merupakan kali pertama beliau menerima larangan bagi menyampaikan sebarang ceramah atau mengajar di negeri berkenaan.

“Saya sendiri tidak dapat penjelasan yang jelas mengapa larangan itu dikeluarkan namun secara umumnya pihak berkenaan mengatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh saya menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Sebab itu saya berharap agar pihak berkenaan dapat menyediakan ruang untuk saya memberikan sebarang penjelasan mengapa larangan itu dikeluarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Hussain yang juga merupakan ahli Majlis Syura Pulau Pinang turut memaklumkan bahawa beliau sebelum ini juga sudah beberapa kali terlibat dalam program-program ceramah dan mengajar di Johohr bagi membantu menyelesaikan kes-kes murtad dan penghijrahan saudara baru.

“Bila jadi macam ini, saya pun tertanya-tanya juga apa yang saya buat sehingga mengelirukan org ramai. Saya sendiri pun keliru.

“Orang awam akan keliru kerana kita layan sesuatu isu itu ikut pandangan. Agama tak ikut kita tapi kita kena ikut agama. Orang yang ada ilmu agama suruh kita ikut dia, sedangkan Islam itu mudah.,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Johor mengesahkan telah mengeluarkan arahan larangan berceramah atau mengajar agama Islam ke atas 16 penceramah bebas di negeri ini.

Exco Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim berkata, keputusan itu diambil kerana mendakwa penceramah terbabit tidak sealiran dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah