Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, Ogos 02, 2016

Peguam Negara: Jika Amerika beri wang , kami mahu dengar

by ANA GHOIB2016-08-02
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan menghantar wakil sebagai peguam pemerhati dalam pendengaran saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat, dua minggu lalu.

Ini, katanya tindakan menyita dan merampas aset berkaitan 1MDB itu membabitkan sebuah syarikat milik negara dengan kepentingan Malaysia.

“Saya sedang memikirkan idea untuk menghantar wakil di sana kerana kita mahu nyatakan minat kami. Jika kamu ingin beri wang kepada kami, kami mahu dengar,” katanya.

“Saya dan pegawai saya akan hadir bagi mengikuti prosiding itu. Bagaimanapun, saya akan berunding dengan pendakwa raya di sana kerana ia sama sekali prosedur baru dengan sistem (kehakiman dan undang-undang) Amerika,” katanya.

Apandi ditemui selepas Ketua Hakim menyerahkan surat pelantikan kepada bekas Timbalan Peguam Cara I Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan peguam Azmi Abdullah sebagai pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi.

Peguam pemerhati atau ‘watching brief’ adalah istilah undang-undang bagi pihak yang berminat untuk menghadiri perbicaraan sebagai peguam seperti yang diamalkan di Malaysia dan sistem negara-negara Komanwel.

Bagaimanapun, kata Apandi, beliau tidak pasti bagaimana sistem undang-undang di Amerika beroperasi.

“Kami mahu ke sana dan mendengar apa yang berlaku di mahkamah. Dengan kebenaran daripada mahkamah, kami mahu bertanya beberapa soalan.

“Itulah yang dimaksudkan sebagai pemerhati, dan saya masih mempertimbangkan idea itu selepas berunding dengan pakar (untuk membantu dan menasihatinya mengenai prosedur mahkamah di Amerika),” katanya lapor Malaysiakini.

Oleh kerana kes 1MDB membabitkan sebuah syarikat Malaysia, Apandi berkata kerajaan mempunyai kepentingan dengan pihak berkuasa Amerika menunjukkan niat untuk menghantar pulang wang yang dirampas itu semula ke negara ini.

KLIK BACA: Menteri luar nafi cubaan bawa pulang anak Najib – Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,