Facebook pejuang tokgajah46

Khamis, Mac 03, 2016

'Pertukaran jawatan pegawai SPRM tak libatkan pangkat'

Bernama


Pertukaran jawatan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini tidak melibatkan sebarang kenaikan pangkat, jelas SPRM pada Rabu.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Hishammudin Hashim dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perisikan dan Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap mengambil alih jawatannya, kata suruhanjaya itu dalam kenyataan.

SPRM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pelantikan itu.

Ia merujuk kepada laporan media semalam yang secara silap menyatakan jawatan baharu itu merupakan kenaikan pangkat bagi Hishammudin.

-Bernama