Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Mac 26, 2015

Sikap buruk yang ada pada Guan Eng

Hudud: Tuduhan Guan Eng adalah bodoh – Rahman Dahlan

Khairil Ashraf | March 26, 2015

Guan Eng mempunyai satu penyakit iaitu suka menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri.
KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengecam tuduhan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa UMNO menghasut PAS supaya membentangkan enakmen Hudud sebagai “bodoh”.

“Saya ada satu perkataan, bodoh,” katanya sambil menambah, Guan Eng mempunyai satu penyakit iaitu suka menyalahkan pihak lain agar orang lain tidak melihat kelemahannya.

Katanya, Setiausaha Agung DAP itu yang memberikan nafas baru kepada PAS membentangkan Hudud sedangkan sejak 1957 UMNO dapat menangani aspirasi untuk mewujudkan undang-undang berkenaan dengan berhemah.

“Tetapi dengan wujudnya dinamik politik baru yang dibawa DAP ini mereka mahukan keuntungan politik jangka pendek, maka mereka meberikan nafas baru kepada PAS untuk membawa usul ini,” jelas Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau menambah selama tujuh tahun kewujudan Pakatan Rakyat lebih merupakan satu penipuan dan bertujuan untuk mengaburi mata rakyat

“Kerajaan negara ini akan huru-hara kerana mereka menggunakan mantera bersetuju untuk tidak bersetuju. Apa jenis kerajaan ini? Akhirnya realiti itu mengetuk pintu rumah mereka. Tahap gabungan Pakatan Rakyat ini ialah satu fonomena untuk mengaburi mata rakyat,” soalnya.

“Sebab itu saya ingin katakan UMNO masih lagi relevan. 88 kerusi UMNO itu mampu tentukan sama ada negara ini akan menjadi negara sederhana atau negara lain bentuknya,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, UMNO merupakan sebuah parti yang membawa pendekatan sederhana dalam negara ini dan tanpa UMNO negara akan mempunyai masalah.

“Walau cabaran dari pelbagai pihak, UMNO mampu lahirkan negara yang sederhana,” jelasnya.

Selasa, Mac 24, 2015

Ape nak jadi dengan Pakatan Rakyat ni........?

PKR gesa DAP beri peluang kepada Hadi
"Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berucap di program Hijrah Selangor di Shah Alam, tengah hari tadi. Beliau menggesa DAP mengkaji semula keputusannya tidak mahu bekerjasama dengan presiden PAS susulan usaha melaksanakan hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diberi ruang dan peluang menjelaskan isu hudud yang membelakangkan dasar bersama Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, kesemua pimpinan tertinggi PR perlu bersikap adil dan berbincang terlebih dahulu tanpa menghakimi sesuatu tindakan.

"Bincanglah... kekuatan PR senantiasa berdasarkan perbincangan dan muafakat.

"Kita kena adil kepada Hadi dan membenarkan beliau memberikan penjelasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hijrah Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Azmin berkata demikian mengulas keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memutus hubungan dengan Hadi kerana tindakannya dalam isu hudud........"

Disini sekali lagi atuk nak memberi sedikit pandangan tentang satu gabungan parti yang di sebut 'Pakatan Rakyat'. Kalau di dengar nama gabungan parti ni memang nye terlalu enak didengar -"PAKATAN RAKYAT".

Sejak dari mule lagi parti2 ini mule bergabung, sudah kedengaran riuh-rendah 'pertengkaran' tentang ketidak persetujuan pendapat dan cadangan diantara ketiga-tiga buat parti yang bergabung ini. 

Parti PAS memperjuangkan Islam, DAP pule nampak nye anti-Islam, sedangkan PKR pule mematikan diri dalam hal perjuangan PAS. Nampak gaye nye PAS tidak berkuase ape-ape pun dalam Pakatan Rakyat ni. 

Hari ini telah terbukti bahawe kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tak ubah seperti "lembukut di tepi gantang" dan lembukut ini telah pun tersingkir keluar dari gantang. 

Sebagai sesame Islam, Atuk sedikit sebanyak terase juge tersinggung ape bile DAP menyebut Tuan Guru Haji Hadi sebagai tidak jujur dan berbagai-bagai lagi sehinggekan sanggup memutuskan hubungan nye dengan Tuan Guru Haji Hadi.

Yang buat atuk berase pelik sedikit, mengape putuskan hubungan dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi sahaje dan tidak dengan PAS. Ini boleh di anggap sebagai satu penghine an besar kepada Tuan Guru Haji Hadi khas nye dan juge kepade Parti PAS am nye.  

Isnin, Mac 23, 2015

Bukti jelas dan nyate Pakatan Rakyat tiade berkemampuan memerintah negare.........

"Ini berita menyedihkan buat PAS dari Wan Azizah....Selama Ini Sanjung Benar

PKR hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen.

Ini kerana, parti itu berkata, PAS telah mengambil keputusan secara "unilateral" (sebelah pihak) tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas berhubung penghantaran notis oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu yang akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Parlimen......."


Diatas ni atuk paparkan sedikit coretan dari sebuah blog pro Pakatan untuk tatapan kite bersame.  Tujuan atuk menulis ni hanye untuk membuke minda supaye dapat kite membayangkan apekah corak pemerintahan Pakatan Rakyat jike sekire nye ditakdirkan mereke memerintah negare Malaysia ini.

Untuk pembukaan minda, marilah kite perhatikan bagaimane bercelarunye pendapat dan pemikiran diantar pemimpin2 dalam Pakatan Rakyat ni. PAS kata begini PKR kate begitu, apabile PAS buat cadangan DAP terus bangkang. 

Atuk peratikan ape jue cadangan dari PAS pasti menerime tentangan dari DAP dan PKR. Cume beze nya PKR menolak secara halus dan berdeplomasi sedangkan DAP menolak nye dengan lebih bersifat 'kurang ajar'.

Yang sangat menghairankan atuk ialah sikap pemimpin2 PAS yang boleh di anggap 'bute-tuli' terhadap sikat buruk DAP dan PKR tu. Perkare ini sudah berlaku dari mule PAS bersengkolol dengan DAP@Pakatan Rakyat. Kate semue masih ingat tentang ungkapan kata dari mendiang Karpal Singh : "Langkah Mayat nya dulu kalau PAS mahu Negara Islam".

Malangnya setelah Karpal menjadi mayat, pennentangan DAP terhadap perjuangan Islam PAS menjadi semakin hebat, sehinggakan Enakmen Hudud Kelantan yang tidak ade kaitan dengan mana negeri yang di perintah DAP dan PKR pun mereke tentang habis-habisan.

Atuk berase pelik juge tentang sikap pemimpin2 PAS yang masih berdegil duduk dicelah kangkang DAP dan PKR. Tidak kah terase malu dan tebal muke apbile menerime layanan 'sejuk-beku' dari DAP dan PKR. Dimane letaknye maruah parti jike sudah dilayan seperti  "@!#*^& buruk kepale".

Bagi penyokong tegar PAS, berita ini hanya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat sahaje..........

PAS tidak jujur dan tidak bermaruah, kata Kit Siang

DAP menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak dengan cara yang tidak jujur dan tidak bermaruah apabila membuat keputusan sendiri membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) memohon kebenaran Parlimen membentangkan rang undang-undang persendirian hudud pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang hingga 9 April ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tindakan Hadi itu mencabuli keputusan Majlis Tertinggi PR kerana sebarang usul persendirian mesti terlebih dahulu dikemukakan kepada mereka sebelum dihantar ke Parlimen.

"Ini mencabuli keputusan Majlis Tertinggi sendiri. 'Not honest and not honourable' (tidak jujur dan tidak bermaruah). Sebab itu kita tidak boleh mempersetujuinya.

"PKR mengumumkan tidak bersetuju, dan kita (DAP) pun tidak boleh bersetuju. Tetapi mereka (PAS) melanggarnya. Itulah masalahnya," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Semalam, PKR menyatakan parti itu tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan yang akan dibentangkan PAS di Parlimen kerana parti Islam itu tidak menghiraukan kesepakatan yang dicapai dalam isu tersebut.

Dalam kenyataan yang ditandatangani tujuh pemimpin tertinggi PKR, ia menyifatkan tindakan yang diambil Hadi pada 18 Mac itu, sebagai menentang keputusan pimpinan PR.

Bersetuju dengan PKR, Lim juga mengatakan keputusan mengenai rang undang-undang itu sudah diputuskan PR melalui mesyuarat pada 8 Februari 2015.

"Pada mesyuarat 8 Februari, yang turut dihadiri Hadi, kita (Majlis Tertinggi PR) sudah buat keputusan mengenai sebarang pindaan rang undang-undang Kelantan (hudud)," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada Isnin berhubung pendiriannya mengenai hudud.

Lim berkata, isunya sekarang bukan sekadar undang-undang hudud, yang dari segi prinsip dan dasarnya memang dibantah DAP, tetapi juga soal kepercayaan dan kejujuran beberapa pimpinan PAS di peringkat nasional dan bagaimana mereka berpegang kepada janji. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=258992:pas-tidak-jujur-dan-tidak-bermaruah-kata-kit-siang&Itemid=2#ixzz3VAKzqrzH
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Isnin, Mac 16, 2015

Momen DR M, Najib duduk semeja

Mohamad Fadli

Kelihatan Najib dan Dr Mahathir bertegur sapa di atas pentas namun kurang bersembang ketika duduk di meja makan


KUALA LUMPUR: Di sebalik laporan media pro pembangkang yang menggambarkan hubungan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak baik, namun kedua-duanya dilihat hadir bersama dan duduk bersebelahan dalam majlis penutup Le Tour de Langkawi (LTDL).

Selepas bersama-sama menyampaikan hadiah dan menyarungkan jersi kepada pemenang mengikut kategori masing-masing, Dr Mahathir dan Najib duduk semeja untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Walau bagaimanapun, Najib dan Dr Mahathir yang bertegur sapa di atas pentas, kurang bersembang ketika duduk di meja makan.

Sebelum ini blog Dr Mahathir, chedet.cc tidak dapat diakses selepas beliau menulis mengenai dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyoal kredibiliti Najib.

Media juga melaporkan bahawa Dr Mahathir tidak menolak sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihanraya akan datang disebabkan oleh 1MDB dan Najib.

Dalam majlis penutup itu juga Dr Mahathir ditemani oleh isterinya Tun Dr Siti Hasmah dan turut hadir bersama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyambut kedatangan tetamu khas itu dan sementara Najib hanya berdiri di atas pentas.

Sementara itu, Dr Mahatihir yang mengulas mengenai dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA ’15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini.

Beliau mengesahkan kesemua juruterbang pesawat tersebut selamat kerana mereka sempat terjun untuk menyelamatkan diri masing-masing.

“Saya cuma dimaklumkan pesawat itu jatuh terhempas di atas rumah yang penghuninya hanya seorang. Namun penghuni rumah tersebut selamat, cuma dia (penghuni rumah) itu hanya bau asap sahaja,” ulasnya ringkas.