Facebook pejuang tokgajah46

Selasa, November 03, 2015

PMO ingatkan PBB, kes Anwar kes jenayah, bukan politik

Pejabat Perdana Menteri (PMO) mahu kumpulan kerja penahanan arbitrari di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menghormati proses undang-undang Malaysia.

Ia berikutan kumpulan itu yang membidas hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat.

"Anwar disabitkan kesalahan jenayah, dan ini adalah kes jenayah dan bukannya politik. Ia tidak ada kena mengena dengan kerajaan," menurut kenyataan yang dikelaurkan lewat petang tadi.

“Kami menyeru semua pihak, termasuk mereka di luar negara supaya menghormati proses undang-undang, penghakiman mahkamah Malaysia dan hak-hak mangsa untuk mendapatkan keadilan."

Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri itu, Anwar telah menggunakan semua pilihan undang-undang yang ada sehingga membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, pihak yang terjejas dalam kes berkenaan bukannya kerajaan tetapi adalah pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga adalah bekas pembantu Anwar.

[Baca berita penuh]