Facebook pejuang tokgajah46

Ahad, September 20, 2015

Najib: Jangan menghina pemimpin Melayu

WARTAWAN SINAR HARIAN
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama
MUAR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mencarik-carik maruah dan menghina pemimpin Melayu kerana Umno mempunyai kekuatannya iaitu roh perjuangan parti.

Menurutnya, dengan semangat tersebut akan menjadikan parti itu lebih kuat dan kukuh selain itu tidak boleh menerima perbuatan menghina kepimpinan Melayu.

"Sapa kata Himpunan Baju Merah rasis? Himpunan Baju Merah tidak rasis!. Kita (Umno) tak pernah main isu perkauman tetapi jangan hina maruah orang Melayu!.

"Nak buat perhimpunan itu boleh tetapi buatlah secara aman. Kita tidak suruh pun peniaga tutup kedai, sapa suruh?,"katanya ketika berucap Merasmikan Bangunan Umno Muar di Jalan Meriam di sini, hari ini.