Facebook pejuang tokgajah46

Rabu, September 30, 2015

Najib Hanya Saman Jika WSJ Tidak Guna Speech Act

KUALA LUMPUR 30 Sept - Perdana Menteri hanya akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) berhubung isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sekiranya mereka tidak akan mengguna pakai peruntukan Speech Act 2012.

Perkara itu disahkan oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Proses perundangan dibuat Najib pada awal Julai lepas berikutan artikel WSJ mendakwa wang 1MDB dimasukkan ke akaun peribadinya.

Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu .

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.