Facebook pejuang tokgajah46

Sabtu, Jun 13, 2015

PAS sekali lagi menerime tamparan dari DAP

Impian Kelantan: DAP akan bina masjid di Pasir Tumboh

Oleh: Aliff Fikri

GUA MUSANG, 13 JUN: Tanpa mempedulikan pelbagai tohmahan yang dilemparkan, DAP hari ini menyatakan kesediaan parti itu untuk membina sebuah masjid bagi kemudahan mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

Mengumumkan rancangan itu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, pertimbangan itu dibuat selepas mereka mendengar sendiri kata-kata imam di kampung berkenaan.

Kata Anthony, orang Islam tidak perlu bimbang kerana jika dipersetujui nanti, masjid itu akan dibangunkan melalui sumbangan orang ramai.

“Tiada wang haram seperti daripada syarikat judi akan digunakan,” katanya.
Terdahulu Loke bersama Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menghadiri majlis penyerahan rumah dibina sukarelawan Gabungan Impian Kelantan untuk mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Sebanyak 40 rumah diserahkan kepada penduduk kampung tersebut.

Setiap satu rumah dibina dengan kos antara RM15,000 hingga RM20,000 setiap satu.

Setakat ini sebanyak RM350,000 sumbangan sudah digunakan untuk membina rumah mangsa banjir di Kelantan.

Pada majlis itu juga Kit Siang mengumumkan kemasukan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menjadi anggota DAP.

Anthony berkata, apabila mendengar kenyataan imam masjid, Abdul Mutalip Seman, Kit Siang mengarahkannya membuat pengumuman berkenaan bagi menyatakan kesediaan DAP membantu.

Anthony berkata kesediaan DAP membina masjid berkenaan dibuat atas dasar kemanusiaan.

Sebelum itu Abdul Mutalip berkatam masjid di kampung mereka rosak teruk dalam kejadian banjir besar pada tahun lalu.

Katanya, mereka menghargai bantuan diberi Gabungan Impian Kelantan sebelum ini sehingga dapat menetap di rumah yang selesa semula.

“Cuma yang masih rosak dan belum dibaiki sekarang ini adalah masjid kami.

“Kami harap DAP dan pertubuhan bukan kerajaan lain sudi membantu membangunkan masjid pula,” katanya. – Roketkini.com